Bakal Bintangi Filem Indonesia, Neelofa Serius Pacu Kerjaya Di Negara Jiran

Hos, pelakon dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor serius merencana perancangan kerjaya di Indonesia.

Tidak sekadar bidang hiburan, Neelofa juga mahu mengembangkan jenama tudung miliknya, Naelofar di negara jiran.

“Saya mengatur perancangan dengan teliti untuk mencuba pasaran Indoensia. Bukan sahaja bidang seni, saya juga mahu membawa jenama Naelofar di sana.

“Insya-Allah, setakat ini saya dalam perbincangan bagi menjayakan sebuah projek filem di Indonesia. Apabila semuanya sudah disahkan, saya pasti akan mengumumkannya,” kata Neelofa.

Tambah bekas hos MeleTOP ini, dia juga sudah mempunyai pengurus di sana.

“Saya sudah bertemu dengan individu yang bakal menguruskan kerjaya saya dalam bidang seni di Indonesia. Saya benar-benar serius mahu mencapai apa yang saya mahukan.

“Jika semuanya berjalan lancarm, saya juga sudah bersedia untuk membahagikan masa dan menetap lebih nama di Indonesia untuk mebina nama,” katanya lagi.

Sebelum ini, Neelofa pernah mendedahkan persediaan dirinya untuk mengintai pasaran seberang dengan menggunakan khidmat tutor untuk belajar Bahasa Indonesia.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak