“Syifa Melvin Dah Tak Berani Buka Mulut” TMJ Ded4h Pengakuan Safawi Rasid?

GARA-GARA prestasi merudvm, pemilik skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegvr sikap bintang sensasi bola sepak negeri itu, Safawi Rasid yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Tunku Ismail atau TMJ berkata kemerosotan mendadak prestasi Safawi disebabkan tek4nan daripada kekasihnya yang mendesak mahu berkahwin pada tahun ini.

Walaupun tidak menyebut siapakah wanita itu namun umum mengetahui bintang bola sepak muda itu sedang bercinta dengan seorang pelakon.

Malah, sebaris ayat dengan tanda tanya iaitu ‘Understand S M?’ daripada Tunku Ismail membolehkan khalayak mengagak ia ditujukan kepada Syifa Melvin yang sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan Safawi.

Status yang dimuat naik TMJ di Instastory.

Bagaimanapun Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, ketika dihubungi mStar enggan memberi sebarang komen berkenaan perkara itu.

Dia memilih untuk mendiamkan diri bagi mengelak berlakunya masalah yang lebih besar.

“No comment,” kata Syifa dalam satu kiriman mesej kepada mStar.

Menerusi Instastory TMJ turut mendakwa desakkan Syifa membuatkan pemain skuad Harimau Malaya itu hilang fokus sehingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

Tunku Ismail memberi amaran kepada Safawi untuk mempertingkatkan prestasinya dengan segera atau berkemungkinan akan disingkirkan daripada pasukan.

 

Tunku Ismail memberi am4ran kepada Safawi untuk mempertingkatkan prestasinya dengan segera atau berkemungkinan akan disingkirkan daripada pasukan.

“Kem4ruk sangat paksa boyfriend kahwin. Beri tek4nan setiap hari suruh boyfriend kahwin fasal t4kut terlepas. Boyfriend kaya dan popular. Satu keluarga kem4ruk cari lelaki kaya dari dulu.

“Patut makin h4ncur prestasi budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang. Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab.

“Kalau kepala dah tak boleh fokus fasal asyik kena tek4nan setiap hari dipaksa kahwin, semoga berjaya. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki, ada manusia bawa S***,” tulisnya.

Sebelum ini, netizen mula menghidu hubungan Safawi dan Syifa apabila mereka berkongsi foto berseorangan di Zoo Negara pada hari yang sama di Instagram masing-masing pada Ogos tahun lalu.

Pada Januari lalu, Safawi ada membuat kejutan sambutan ulang tahun kelahiran Syifa yang ke-26 dengan menjemput penyanyi Luqman Faiz dan Haqiem Rusli.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut berkongsi paparan skrin dipercayai mesej perbualannya dengan Safawi yang mengakui Syifa mengawal dirinya dan memaksa untuk berkahwin.

Safawi membuat kejutan ulang tahun kelahiran kekasihnya, Syifa pada Januari lalu.

Malah, Tunku Ismail ada memuat naik ayat memberi nasihat kepada Syifa supaya tidak mengambil kesempatan ke atas Safawi sebelum mesej itu dipadamnya.

“Kekasih anda sepatutnya bukan sumber untuk dapatkan duit. Ia adalah hubungan cinta, bukannya suatu pekerjaan. Faham tak S M?” katanya.

Menerusi laporan mStar pada 14 Januari lalu, Syifa mendedahkan dia ada merancang untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Biarpun Syifa enggan memberi pengesahan mengenai butiran lanjut berhubung perkara itu namun dia mengharapkan untuk sesuatu pengakhiran yang baik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :Mstar