SEHARI selepas dibebaskan dengan ikat jamin kerana ditudvh menipu seorang peniaga, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi berkongsi pengalaman bermalam di lok4p.
Cerita Noorainul Naqim atau lebih dikenali sebagai ‘Dr Erin’, 40, dia mengikut segala prosedur tersebut dengan hati terbuka tanpa rasa malu.
“Assalamualaikum, kepada semua yang bertanya… Alhamdulillah saya okay. Saya terima semua prosedur dengan hati terbuka tak ada rasa malu atau takut.
“Walaupun dua malam dalam lok4p saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar. Kalau nak diikutkan makan nasi kosong dengan ikan jaket tak ada apa sangat.
“Pengalaman Allah nak tunjuk, ujian kita ini kecil sangat nak dibandingkan dengan kawan-kawan dekat dalam sana tu. Yang dekat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tidak didapati bersalah,” katanya.
Dr Erin anggap penahanannya itu sebagai ujian kecil.
Noorainul Naqim menulis mengenai penahanannya itu menerusi Instagram pada Khamis.
Usahawan yang juga isteri kepada juara program Da’i musim kedua itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu lalu atas tuduh4n menipu seorang wanita.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh did4kwa mendor0ng Norsiha Aala, 48, untuk menyerahkan wang tunai RM10,050 bagi mendapatkan sijil halal dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produk miliknya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju, pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu, sabit kesalahan boleh dihukvm penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.
Sementara itu, Noorainul berkata dia percaya segala kebenaran akan terbukti dengan izin Allah.
Malah, pengalaman sepanjang menjadi tahanan di lokap turut membuka matanya mengenai kehidupan sebenar di sebalik tirai besi.
“Terima kasih kepada beberapa orang yang menjaga saya semasa di dalam lokap dengan baik walaupun ada beberapa perkara yang Allah nak tunjuk pada saya. Kalau tak masuk dalam saya tidak tahu begitu keadaan sebenarnya.
“Undang-undang di Malaysia ni apabila kita ada kuasa kita boleh buat apa sahaja. InsyaAllah tiada undang-undang, tiada mahkamah yang dapat mendustakan kebenaran apabila Allah ingin kebenaran dizahirkan.
“Saya bukan siapa-siapa tapi Allah letakkan dengan cara ini. Saya terima dengan reda dan ikhlas. Apa-apa saya berserah pada nasib. Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya, saya tahu tak semua rakyat Malaysia makan dedak,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar