“SUAMI (Jibob) berada dalam keadaan separuh sedar petang ini apabila kesan ubat mula berkurangan.
“Kita boleh bercakap dengannya walaupun matanya tertutup. Dia mampu mendengar apa yang diucapkan,” kata Siti Aisyah Wahiddin, 38, isteri pelawak Gbob berkenaan situasi terkini suaminya.
Jibob, 33, atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim, bekas peserta Raja Lawak 5, dimasukkan ke h0sp1tal Kuala Lumpur (HKL) semalam selepas terj4tuh dalam bilik air di rumah mereka.
Doktor turut mengesan kewujudan dar4h b3ku dalam kepalanya dan sudah melakukan pembed4han malam tadi.
Bercerita lanjut, Siti Aisyah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi, semalam.
“Ketika itu saya sudah tidur. Selepas jatuh, dia bangun dan kejutkan saya. Suami beritahu tangan kanannya tak dapat rasa apa-apa. Percakapannya juga tak berapa jelas dan pelat.
“Saya ajak dia pergi h0sp1tal, tapi dia kata mengantuk sangat dan nak tidur. Dalam masa sejam selepas itu, dia cuba bangun tapi saya nampak keadaan tak berapa okay.
“Dia tak boleh berinteraksi dengan saya, selain bahagian sebelah kanan badan tak boleh digerakkan. Jadi dia hanya terbaring,” katanya.
Siti Aisyah kemudian menghubungi ambulans yang tiba pada jam 4 pagi dan terus membawa suaminya ke h0sp1tal Serdang.
“Doktor buat pemeriksaan dan mendapati ada pendar4han dalam otak dan perlu buat pembed4han secepat mungkin.
“Suami terpaksa dipindahkan ke HKL dan pada jam 5 petang pembed4han dibuat dan selesai sekitar jam 10 malam.
“Dia juga diberikan ubat tidur untuk rehatkan otaknya dan petang tadi barulah beransur sedar,” katanya.
Siti Aisyah yang berkahwin dengan Jibob pada 2015 mengakui begitu terharu apabila ramai pihak mendoakan kesembuhan suaminya.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Hari ini ramai kenalan dan rakan artis yang datang melawat.
“Saya tahu semangatnya kuat. Cuma anak kami, Nur Humairah, dua tahun amat merindui ayahnya dan sering bertanya.
“Tambah pula ketika ayahnya jatuh, dia nampak kejadian itu. Saya terpaksa tinggalkan dia dan dijaga oleh sepupu buat sementara waktu,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MyMetro