Ezad bersanding lagi-didakwa berkahwin dua dan mengedarkan kad jemputan majlis persandingan akhirnya terjawab hari ini.

KUALA LUMPUR: Teka teki penyanyi, Ezad Lazim didakwa berkahwin dua dan mengedarkan kad jemputan majlis persandingan akhirnya terjawab hari ini.

Spekulasi Ezad atau nama sebenarnya, Mohd r0haizad Mohamad Lazim berkahwin dua timbul apabila media massa menerima undangan menghadiri majlis persandingan penyanyi bersuara lemak merdu itu.

Bagaimanapun, kad jemputan tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis, sebaliknya hanya meletakkan tarikh, masa dan lokasi acara berkenaan. Tidak kurang juga ada yang menganggap ia sekadar gimik, termasuk kemungkinan satu projek duet bersama penyanyi wanita.

Menjawab segala persoalan, Ezad mengakui: “Memang benar saya mahu bersanding lagi. Bagaimanapun, bukanlah dengan wanita lain.

“Saya juga tidak berkahwin dua seperti spekulasi yang tersebar.

“Saya akan bersanding dengan isteri tercinta, Zeana Ramli sempena ulang tahun perkahwinan ketujuh pada 30 Mac ini,” katanya pada sidang media di Dewan Sri Taming, Balakong, petang ini.

Penyanyi lagu Demi Cinta itu berkata, dia dan isteri akan bersanding di White Ballroom, Petaling Jaya pada 29 Mac ini.

“Memilih tema cinta, kami akan bersanding di hadapan anak-anak, ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Mungkin ia sesuatu yang jarang dilakukan ketika meraikan ulang tahun perkahwinan, tetapi kami mahukan ia menjadi momen manis untuk dikenang,” katanya.

Pada sidang media, Ezad turut berkongsi perniagaan baharu yang diceburi bersama isteri menerusi syarikatnya, EZ Ventures. Perniagaan diceburi membabitkan perancangan perkahwinan di bawah nama CINTA White Ballroom by Ezad Lazim.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ramai yang menyangkakan Ezad Lazim(@ezadlazim) akan berkahwin lagi satu rupa-rupanya jangkaan itu salah. Beliau akan bersanding lagi sekali pada 29 Mac 2020 bersama isterinya untuk ulang tahun yang ke-7 juga untuk melancarkan Cinta White Ballroom by Ezad Lazim. Tahniah hlive ucapkan 😉 #cintawhiteballroom #cintawhiteballroombyezadlazim #ezadlazimbersandinglagi #ezadlazimkahwindua #resepsiezadlazim @ezadzeanaventures @ezadlazim_fans @ezadlazim_fansutara @ezadlazimlovers @1unitedteam @ezadlazim_supporters @ezadlazimlovers_sg @ezadlazim_zeanaramlisupporterz @ezadzeana_forever @ezadzeana_supporters @sobijak_school_wear @ezamani_official @ezadlazimlovers_indonesia

A post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on

“Perniagaan majlis perkahwinan tidak akan surut. Walaupun ekonomi merosot, pasangan berkahwin tetap ada dan mengadakan majlis resepsi.

“Lagipun, isteri saya mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan dan pengurusan acara. Itu salah satu faktor saya memilih perniagaan perancang perkahwinan ini.

“Ia dinamakan cinta kerana diilhamkan menerusi lagu saya yang kebanyakannya berkisar cinta dan sesuai bagi pasangan yang mahu menuju ke gerbang perkahwinan,” ujarnya.

Turut hadir, Pengasas Ilham Kayaman Sdn Bhd yang akan bertindak menguruskan majlis persandingan Ezad dan Zeana pada 29 Mac ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online