F0TO ‘Magical Love Night’, Ini Sekitar Resepsi Tasha Shilla Dan Suami, Siap Ada Rama-Rama Lagi

Bagai pinang dibelah dua! Itu lah ungkapan yang sesuai menggambarkan keserasian pasangan pengantin baru ini iaitu Tasha Shilla dan suami, Muhammad Atiq Idris. Pelakon cantik jelita ini sah bergelar isteri kepada seorang pakar kewangan pada 28 Februari yang lalu. Selepas selamat diijabkabulkan, pasangan ini kemudian telah mengadakan majlis resepsi belah pihak lelaki yang  bertemakan Melayu Tradisional.

Terbaru, pada tanggal 8 Mac 2020, Tasha Shilla dan suami sekali lagi telah mengadakan majlis resepsi. Kami dari OHBULAN! ingin berkongsi beberapa foto kemeriahan majlis resepsi pasangan ini yang dikongsikan oleh official photographer, CST Production.

Sama cantik sama padan

Pada malam  majlis resepsi, Tasha Shilla dan suami mengenakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal iaitu Hatta Dolmat. Atiq segak memakai suit berwarna hitam sementara Tasha Shilla pula mengenakan gaun berwarna putih. Cantik!

Bagai pinang dibelah dua!

Pasangan ini kemudian menukar pakaian mereka untuk sesi pemotongan kek dengan memakai busana hasil tangan pereka terkenal, Rizman Ruziani. Tasha Shilla dan suami sangat sepadan mengenakan busana bertona putih. Cantik ala-ala putera dan puteri raja!

So sweet!

Siap ada rama-rama lagi

 

Sumber: CST ProductionTasha ShillaAtiq Idris

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : KL PRESS