“UNTUK menjadi akrab seperti dulu, saya tidak boleh nak cakap. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” kata pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengenai hubungannya dengan Janna Nick selepas pelakon itu memohon maaf secara terbuka
Sheila, 48, berkata, apa yang terjadi adalah bersebab dan setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.Menurutnya, dia mahu perkara itu tidak diperbesarkan lagi dan perlvk4n ruang untuk menenangkan hati. “Saya masih perlvk4n ruang untuk tenangkan hati. Tidak tahu berapa lama akan ambil masa nak hadam apa yang dia buat.
View this post on InstagramMoga kita istiqomah @aydajebat @syazara_aisha #sentiasabersyukur #alhamdulillah
“Alhamdulillah, jika dia sedar kesilapannya. Dia juga tahu kenapa kami sekeluarga berkecil hati. Dia juga sudah minta maaf, saya maafkannya. Apabila orang minta maaf, kita harus maafkan. Manusia tidak lari daripada buat salah. Ada sebab kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Sheila, dia ikhlas dengan setiap apa yang sudah diberikan kepada Janna terutama ilmu dalam lakonan. “Saya tidak pernah ungkit apa yang diberikan, ajar dan ilmu. Saya ikhlas apa saja. Malah, apa yang diidamkan selama ini sudah direalisasikan iaitu berlakon dalam drama ketenteraan. “Saya berharap tunjuk ajar ini digunakan sebaiknya,” katanya.
Ditanya adakah selepas ini dia lebih berhati-hati dalam soal menyayangi pelakon yang berlakon di bawah produksi miliknya, Sheila berkata tidak salah jika dia berbuat sedemikian. “Tidak salah jika kita nak sayang seseorang. Malah, tidak salah menghargai orang apatah lagi jika orang itu baik dengan kita. Memang betul, sayang anak orang dengan anak sendiri lain. Perkara ini beri kesan pada keluarga saya,” katanya.
Sementara itu, suami Sheila yang juga pengarah, Azman Yahaya atau Jinggo berkata, apabila perkara itu berlaku, dia dan JS Pictures tidak ada masalah untuk kembali bekerjasama dengan pelakon terbabit. “Kami bersikap profesional. Tapi, ia mungkin ambil masa. Jadi, doakan yang baik-baik. Mana tahu hati terbuka balik. Apa yang berlaku jadikan pengajaran dalam diri mereka berdua. Ambil iktibar di sebaliknya,” katanya.
“Kalaupun hubungan kita tak baik macam dulu, tapi…” dingin dengan Sheila, ini luahan hati Janna Nick
sed1h mendengar hubungan antara pelakon Janna Nick dan Sheila Rusly yang dikatakan semakin dingin. Umum mengetahui betapa akrabnya hubungan mereka yang sudah dilihat sebagai ibu dan anak ini. Semuanya bermula apabila Sheila memuat naik status di Instagramnya sebelum ini. Rata-rata menebak bahawa kapsyen seperti sindiran itu sebenarnya ditujukan kepada Janna Nick.
Namun, benarkah kapsyen sindiran yang dimuat naik ditujukan kepada pelantun lagu Akan Bercinta itu? Tidak pasti apa yang terjadi di antara mereka, namun Janna nampaknya tidak menolak hubungan mereka yang dikatakan semakin tegang.
View this post on Instagram
Bercakap lebih tentang isu ini, Janna sendiri mengakui tidak tahu pucuk pangkal sehingga menyebabkan hubungan mereka menjadi retak. Pelakon utama Leftenan Zana itu bagaimana pun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dengan harapan dapat menjernihkan keadaan.
“Semoga mereka maafkan saya. Kalaupun hubungan kita tak jadi baik macam dulu, tapi saya tak nak ada rasa dendam dan benci itu, Kalau kata hubungan kita terputus di dunia, semoga kita berjumpa di syurga dan saya tetap akan mendoakan mereka dalam doa saya,” katanya.
Ditanya adakah Janna sudah mengambil pendekatan untuk datang bersemuka dengan Sheila Rusly, Janna mengakui tersepit dengan keadaan dan risau jika kehadirannya akan mengeruhkan lagi keadaan. Maka, dia memilih untuk mengambil pendekatan berdiam diri.
Namun, aktres itu tidak menolak untuk saling bersemuka jika diberikan ruang oleh Sheila yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri. Janna Nick merupakan pelakon yang banyak membintangi drama di bawah JS Pictures iaitu sebuah produksi Sheila dan suaminya, Jinggo.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Metro Terkini