“Post Anak Ambil Result Exam Pun Dikata Riy@k, Pasni Gambar Konvo, Menikah Jangan Masuk FB, Rlyak!” Kazim Elias

Penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim telah memuat naik sebuah posting yang telah menjadi tular sehingga mendapat lebih 2300 perkongsian di laman sosial Facebook (FB).

Posting yang dikemas kini Ustaz Kazim pada petang semalam (Ahad) itu turut menerima lebih 1800 komen, rata-ratanya menyokong apa yang dikatakan beliau.

Pada muat naik tersebut Ustaz Kazim telah menyentuh tentang sikap segelintir pengguna laman sosial yang terlalu cepat menilai orang lain.

Antaranya kata Ustaz Kazim, mengenai posting keputusan peperiksaan yang dimuat naik oleh ibu bapa dan kemudiannya dianggap riyak oleh orang lain.

Menurut beliau sifat yang sedemikian tidak sepatutnya ada dalam diri masing-masing kerana, siapalah kita hendak menilai hati orang lain.

Tambahnya lagi, adalah lebih baik bersikap positif kerana persoalan hati adalah urusan kita dengan yang maha Esa.

“Post cerita anak ambik result exam pun dikata riyak..Sampai boleh menilai hati orang adakah itu yang di kata tasawuf..?

“Kalau belajar tasawuf, sifat menilai orang lain tak betul hanya diri sendiri yang betul…Tu dah namanya ujub boleh membawa kepada takbur pula.

“Persoalan hati ni urusan kita dengan Allah. Siapalah kita nak menilai hati orang? Pandang baik kan lebih selamat,” katanya.

Dalam posting tersebut Ustaz Kazim turut memetik potongan ayat daripada Surah Ad Dhuha yang menyebut tentang nikmat Allah SWT.

“Surah Ad Dhuha menyebut tentang nikmat Allah. Bukankah nikmat Allah itu maha luas? Dapat anak juga nikmat.

“Adakah salah memasukkan gambar anak kecil dan memberitahu kelahiran baby itu riyak kerana mengecilkan hati orang yang tak dapat anak?

“Yang dilarang sombong, menunjuk-nunjuk dengan bongkak dan menghina orang lain malah langsung tiada kesyukuran atas nikmat Allah, seolah-olah kejayaan dan kekayaan datang daripada usaha sendiri bukannya daripada Allah, yang tu la riyak…Belajarlah tasawuf lagi ye.

“Rajin-rajinlah solat Dhuha dalam masa yang sama menghayati Surah Ad Dhuha ayat 11.

“Tasawuf letaknya di hati diamalkan dengan amalan yang baik, lidah yang sopan serta tangan yang berhati-hati termasuk menulis di FB.

“Jangan jadi riyak dan ‘ujub dengan amalan sendiri. Ngata orang lain riyak tapi dalam wall FB sendiri dok tulis ngaji kat mana, lulusan mana.. yang tu tak riyak pula?

“Bersihkanlah hati kita, jangan tertipu dengan amalan sendiri. Pasni gambar konvo ke, gambar menikah ke jangan masuk dalam FB…Riyak…Kesian pada orang yang tak ada ijazah dan tak ada laki,” tulisnya penuh makna.

Ustaz Kazim beberapa hari lalu telah berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia anak perempuannya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah, memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut .

Sumber:Gempak

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Note Untuk Awak