Fizo Omar Raih 2 Juta Pengikut Instagram Gara-Gara…

Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa gembira apabila akaun Instagram miliknya, @fizoomar sudah mencecah seramai 2 juta pengikut.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 35, berkata peningkatan jumlah pengikut itu dikatakan didorong oleh wataknya dalam drama Maaf Tak Indah.

“2 juta pengikut guys! Terima kasih untuk angka itu, peminat, pengikut, penyokong, keluarga dan rakan-rakan.

“Penangan Maaf Tak Indah bawa watak Jai ramai pula yang suka dan mula ikut berbanding dengan watak Ikram dalam Adella Sofea siap banyak unfollow lagi.

“Apapun, terima kasih guys kerana menyokong dan nantikan lebih banyak program dalam media sosial tak lama lagi,” ujarnya.

Perkara itu dikongsikan Fizo menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 million followers guys!! . Tqvm for the number, my fans,followers,supporters, family n friends. . Penangan #maaftakindah bawa watak Jai ramai plak yg suka n start follow compared to watak Ikram dlm #adellasofea siap byk unfollow lg.hahhahah. . Anyway tqvm guys for ur support n stay tune ya. More program on my social media soon. . The latest is #manamaumakan every friday at 12pm. Program food travelodge yg koramg blh layan n get the idea where to eat! . Btw jgn lupa subscribe my youtube channel as well ya.Fizo omar. . Abe joe love u guys!!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Entri tersebut kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

“Yang 5,000 unfollow tu dah follow balik ke?

“Ada yang buat u-turn ke..

“Wah dah naik balik dah!,” tulis sebahagian pengikutnya.

Sebelum ini, Fizo mendedahkan dia kehilangan lebih 5,000 pengikut gara-gara penangan wataknya dalam sebuah drama. 

Untuk rekod, artis tempatan yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai di Instagram ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebanyak 7.1 juta pengikut.

Jangan lupa saksikan lakonan Fizo yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak