KUALA LUMPUR: Sudah lama teringin mengasuh anak, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun berkongsi kegembiraan kehadiran Hamdee Hafiz dalam hidupnya.
Melalui entri Instagram (IG), Hafiz menunjukkan anak angkatnya yang berusia sebulan.
“Saya tiada perancangan khusus mengambil ambil anak angkat sekalipun sudah lama hasrat itu bermain dalam fikiran.
“Namun, segala-galanya dipermudahkan ketika ini,” katanya kepada BH Online.
Penyanyi Zikir Terapi ini memberitahu, dia seperti insan lain, mahu menikmati keindahan hidup berkeluarga.
“Cuma buat masa ini, masih terlalu awal untuk saya bercerita lanjut dan berkongsi foto Hamdee dengan lebih jelas,” katanya.
Tambah Hafiz, kehadiran anak angkatnya itu bukan kerana mahu mencipta gimik atau sensasi, sebaliknya naluri kebapaan dan hatinya yang tulus mengasuh bayi berkenaan.
“Tiada maksud tersirat atau apa-apa gimik mempromosikan sesuatu perkara. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dan rasa teruja,” katanya yang mengaktifkan akaun IG Hamdee di bawah nama @hamdeehafiz.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online