Pelakon Zizan Razak akui teruja apabila dapat membawa idea filem lama Bujang Lapok versi 2020 di dalam filem Bulan & Pria Terhebat.
Menurut Zizan meskipun dia bukan peneraju utama filem yang diarahkan Ghaz Abu Bakar itu namun dia gembira kerana ditawarkan peranan penting.
“Saya seronok berlakon dalam filem ini kerana saya bukan memegang watak utama tetapi diberi peranan yang sangat penting dalam jalan ceritanya.
“Selain itu, apa yang membuatkan saya teruja apabila Ghaz meminta saya membawa konsep Bujang Lapok versi tahun 2020 untuk watak saya, Bell Ngasri dan Alif Hadi.
“Bila saya lihat hasilnya, saya gembira kerana perancangan saya dan Ghaz untuk filem ini berjaya,” katanya kepada Gempak.
Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Tambah Zizan lagi, dalam filem ini unsur komedi yang dibawakan agak berbeza kerana dia lebih banyak menjadi pencetus unsur komedi di antara Bell dan Alif.
“Saya harap penonton akan memahami apa yang cuba saya sampaikan nanti kerana perwatakan saya dilihat tidak kelakar seperti biasa.
“Ia kerana saya membawa peranan seperti P.Ramlee di dalam Bujang Lapok di mana hanya menjadi pencetus kepada unsur lucu Bell dan Alif.
“Namun saya percaya gabungan kami dalam filem ini pasti membuatkan ramai tak kering gusi,” katanya lagi.
Gandingan tiga pelakon itu menarik perhatian dalam Bulan & Pria Terhebat apabila mudah mencetuskan gelak tawa penonton.
Filem bergenre aksi komedi itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 12 Mac ini.
Sekadar info, Bujang Lapok merupakan filem komedi Melayu tahun 1957 yang turut dibintangi oleh allahy4rh4m Datuk Aziz Sattar dan allahy4rh4m S. Shamsuddin.
Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunvh upahan untuk mengh4puskan Bulan dan Haris.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak