Selepas selesai majlis angkat sumpah di Istana Melawati petang tadi, Menteri Kewangan yang baharu Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz tidak membuang masa sebaliknya terus ke kementerian bagi memulakan tugasnya, hari ini.
Tiba dengan menaiki kenderaan jenis Range Rover berwarna hitam kira-kira jam 6.05 petang, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Holdings Bhd. yang masih memakai persalinan baju Melayu itu disambut oleh pengurusan tertinggi kementerian yang diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir. Selepas “clock-in” secara rasmi, Tengku Zafrul diberi taklimat dan memasuki pejabat beliau di tingkat 12, bangunan Kementerian Kewangan.
Buka kementerian sendiri’
Belum sampai 24 jam selepas Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz diangkat sebagai menteri kewangan baru, Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin memberi “peringatan” terhadap bekas CEO Kumpulan CIMB itu.
Bung merujuk dengan kenyataan Tengku Zafrul yang berharap isu poli1tik tidak meng4nggu tugasnya di kementerian itu nanti.
“Menteri kewangan baru dilantik dalam ucap tamanya menyatakan no poliitical interference in his ministry (tiada campur tangan poli1tik dalam kementeriannya), dia tak sedar pelantikannya atas move (gerakan) politik, kalau ini lah pendirianya lebih baik dia buka kementeriannya sendiri,” kata Bung dalam satu kiriman Twitter.
Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.
Salah seorang pengguna media sosial mencadangkan agar Bung menarik balik kr1itikannya, namun pengerusi Umno Sabah itu membalas dengan: “No retreat, no s0rry” (pantang undur, pantang minta maaf).
Dalam kiriman berasingan, Bung menjelaskan bahawa kritikan seperti itu adalah perkara biasa.
“Perkara normal dalam kehidupan saya, walau pun dalam BN dulu, saya sentiasa menyuarakan perkara yang tidak betul untuk diperbetulkan, dia orang baru dan perlu diberi peringatan,” katanya.
Selepas mengangkat sump4h, Tengku Zafrul menyatakan harapannya itu dan berkata apa yang perlu difokuskan adalah cabaran ekonomi yang sedang dihadapi negara.
“Saya harap begitu. Saya rasa apa yang kita perlvk4n sekarang adalah untuk fokus mengenai cabaran, dengan cabaran yang mendatang.
“Dan saya pasti kamu semua tahu apa cabaran-cabarannya dari segi ekonomi,” katanya.
Tengku Zafrul berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada beliau mampu mengasingkan politik daripada kementeriannya nanti dan sama ada beliau bebas untuk melakukan tugasnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Duniadanakhirat