Selesai S0lat Z0hor, Menteri PAS T0long ‘Mat Salleh’ Ambil Gambar Depan Masjid

Setelah majlis angkat sump4h sebagai menteri baharu dilakukan semalam, para jemaah menteri sudah mulai memasuki kementerian masing-masing untuk menjalankan tugas.

Umum sedia maklum bahawa beberapa menteri telah dilantik dari kalangan ahli parlimen Pas iaitu dengan memegang potfolio Menteri Alam Sekitar, Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen dan undang-undang  dan   Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Semalam, gambar Menteri Alam Sekitar lengkap berbaju Melayu sebelum mengangkat sumpah sebagai menteri telah tular apabila membantu pasangan pelancong untuk bergambar.

YB Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim yang juga seorang ulama dari Pahang baru sahaja keluar daripada Masjid Putra, Putrajaya dan terus membantu pasangan pelancong kulit putih mengabadikan momen di masjid tumpuan itu.

Situasi tersebut berjaya dirakam secara spontan dan dimuat naik ke laman Facebook rasmi Pas sehingga mendapat ribuan tanda suka daripada warganet.

Menerusi kapsyen yang disertakan juga, tindakan kecil itu bukan sahaja salah satu medan dakwah kepada orang bukan Islam malahan mencerminkan sahsiah sebenar agama ini.

Sehubungan dengan perkongsian terbabit, laman Facebook sumber telah dipenuhi dengan komen-komen daripada warganet yang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar menteri tersebut dapat menjalankan tugas dengan baik.

Sumber : TVPas

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : KL PRESS