‘Bukan minta dipuji’

TAIPING: ‘Niat saya ikhlas kerana Allah, langsung tidak terlintas untuk dipuji,” kata pemandu bas, Mohamad Rafidi Mansor, yang gambarnya sedang menggendong seorang warga emas lelaki kurang keupayaan berjalan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kejadian berlaku ketika dia memberhentikan bas yang dipandunya dari ibu negara untuk menurunkan penumpang di Simpang, di sini, sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Ekspres Kamunting.

Rafidi berkata, niatnya berbuat demikian semata-mata bagi membantu golongan yang memerlvk4n selepas diminta oleh isteri kepada warga emas terbabit untuk membantu suaminya turun dari bas sebelum ketibaan anak kepada pasangan itu.

Katanya, dia sungguh tidak menyangka perbuatannya membantu pasangan warga emas terbabit menjadi tular memandangkan ini bukan kali pertama saya berbuat demikian.

“Saya selagi boleh akan membantu sesiapa saja yang memerlvk4n kerana pegangan saya jelas iaitu jika kita memudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah SWT akan mempermudahkan kembali urusan kita.

“Sewaktu membantu pasangan warga emas ini, saya menganggap seolah-olah mereka adalah ibu dan ayah saya yang meniti usia senja, bahkan ibu saya turut menangis selepas melihat gambar yang ditularkan itu di media sosial,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berkhidmat dengan syarikat pengendali bas ekspres terbabit selama 10 tahun, Rafidi berkata, tiada sebarang habuan yang diharapkannya melainkan ikhlas kerana Allah dan berpuas hati kerana dapat menyempurnakan tuntutan berbuat baik kepada sesama manusia.

“Kadangkala sampah yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium yang ditinggalkan penumpang di atas bas pun saya kutip dan simpan semata-mata untuk memberikannya secara percuma kepada ‘makcik’ atau ‘pakcik’ yang mengutip barangan kitar semula sebagai sumber rezeki mereka.

“Walaupun saya sendiri bukanlah daripada keluarga orang senang, namun insyaAllah perbuatan baik kita akan dibalas baik selain rezeki yang diperoleh sentiasa diberkati,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online