Isteri kepada bintang filem Paskal, Ammar Alfian, Nelissa Nezam mended4hkan telah memfailkan tuntutan cer4i pada Januari lalu.
Bagaimanapun, proses itu memakan masa beberapa bulan dan akui Nelissa dia sudah nekad untuk berpis4h dengan Ammar.
“Saya boleh katakan sekarang saya sedang melalui fasa ‘single parenting’.
“Pada Januari lalu saya sudah failkan tuntutan percer4ian dan ia masih dalam proses untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan dokumen dan hak penjagaan anak.
“Tidak banyak yang boleh saya kongsikan secara lebih terperinci kerana ia melibatkan proses mahkamah.
“Saya masih menunggu dan harap-harapnya boleh selesai dengan cepat,” katanya kepada Gempak.
Nelissa yang ditemui pada pertunjukan fesyen Alia B dia White Box Publika semalam memberitahu dia lebih lega selepas mengambil keputusan untuk berp1sah dengan Ammar.
“Selepas failkan percer4ian saya rasa lega dan gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama anak saya, Kyro.
“Sebagai seorang isteri saya mahukan sesuatu daripada suami saya dan saya tidak memperolehinya sepanjang perkahwinan, jadi kita teruskan hidup seadanya.
“Saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup saya dan saya sudah memberikan segalanya dalam perkahwinan saya.
“Mungkin pilihan saya kepada individu yang salah sebenarnya. Saya bersedia untuk ‘move on’ sekarang,” tambahnya.
Tegas Nelissa, tiada peluang seterusnya untuk Ammar.
“Apabila seseorang berbuat salah, mereka akan tersedar bahawa sudah terlambat untuk menyesal jadi itulah situasi yang berlaku sekarang,” ujar Nelissa lagi.
Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan perkahwinan mereka mulai retak apabila Ammar did4kwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.
Saksikan karya lakonan Ammar Alfian yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak