Leftenan Kolonel Norhana Abd Manaf sudah mula mengimpikan kerjaya juruterbang TUDM sejak kecil lagi.
Norhana dibesarkan berdekatan Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Hulu Langat di mana ianya menjadi medan pasukan tent3ra udara menjalani latihan.
Impiannyua untuk menjadi juruterbang tercapai dan lebih manis apabila Pegawai Staf Gred Satu Rancang Pegawai, Markas Tent3ra Udara, Tent3ra Udara Diraja Malaysia (TUDM) diiktiraf juruterbang helikopter wanita pertama di Malaysia!
Ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan Norhana sebagai Instruktor Helikopter Berkelayakan (QHI).
Bapa beliau dahulu berkhidmat dengan Tent3ra British menambah keterujaannya terhadap pesawat dan helikopter, sekali gus membulatkan tekad berjaya dalam profesion itu.
Bagi Norhana, apa yang paling penting adalah ketahanan untuk mencabar kemampuan dirinya sendiri untuk memohon sebagai pegawai graduasi 23 tahun lepas.
Itulah titik tolak bermulanya kerjaya beliau sejak tahun 1995 ketika mengikuti latihan asas ketent3raan enam bulan sehingga sekarang.
Tegas Norhana, wanita diberi peluang adil menjadi sebahagian juruterbang di dalam TUDM tampa sebarang prejudis.
Norhana mula mengikuti kursus penerbangan di Kolej Tent3ra Udara (KTU), Kepala Batas, Alor Setar, Kedah dan menerima sayap penerbangan dari pusat latihan berkenaan selepas menerbangkan pesawat Helikopter Aloutte III selama 54 jam.
Selepas itu, Norhana menjalani latihan penerbangan simulator di Norway dan United Kingdom (UK). Norhana memperoleh pengalaman dengan menerbangkan helikopter Aloutte III pada 1997 dan kemudian beralih kepada helikopter Nuri.
Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, peredaran masa banyak memberi peluang kepada wanita negara ini menjadi lebih dinamik dan menyertai bidang yang didominasi lelaki.
Menurut Norhana, memasuki bidang ketent3raan tiada pengecualian, semuanya dilalui tanpa pilih kasih, bentuk latihan, kelayakan akademik, kecergasan fizikal dan melalui cabaran sama malah memperkuatkan iltizam terus berkhidmat.
“Dua tahun bertugas sebagai juruterbang, helikopter yang membawa doktor udara mengalami kerosakan di kampung Orang Asli, disebabkan itu saya perlu bermalam sementara menunggu peralatan gantian membaik pulih tiba.
“Pengalaman sebegitu menguatkan semangat untuk memberikan yang terbaik, kerana apapun cabaran, ia adalah pada diri sendiri dan faktor itu juga meletakkan kita seiring lelaki,” katanya.
Katanya, pasukan TUDM memikul tanggungjawab mengawal ruang udara negara dan memberi bantuan Mencari dan Menyelamat (SAR), penerbangan ihsan, platform kepada jabatan lain menghantar bantuan kemanusiaan ke lokasi benc4na, b4njir serta pedalaman yang tidak boleh dilalui kenderaan darat.
Menceritakan pengalamannya sebagai juruterbang, peranan itu termasuk penerbangan ihsan membawa pesakit dari kawasan pedalaman yang juga adalah penugasan membabitkan Tent3ra Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tent3ra Malaysia (ATM), orang asli dan penerbangan membawa orang kenamaan.
“Jarak dan masa penerbangan, kerjasama dengan anak kapal dan keadaan cuaca memainkan peranan penting. Jika berdepan cuaca bvruk, kita perlu mematuhi pelan alternatif mengelak perkara tidak diingini berlaku.
“Ketika latihan dan persiapan diri sebelum membuat penerbangan sulung, saya mengikuti latihan dan ujian selama enam bulan sebelum diberi kelulusan menerbangkan pesawat atau helikopter.
“Di sinilah, kekuatan mental dan fizikal serta kecekalan juruterbang teruji dalam menghadapi segala cabaran,” katanya.
Malah, persiapan operasi dan diri juga haruslah mempunyai kesinambungan kerana juruterbang perlu tahu mengenai penyelenggaraan pesawat dan mesti diperiksa sendiri.
Biarpun ramai yang meluahkan perasaan bimbang risiko kerjayanya, namun beliau menjadikan setiap teguran dan nasihat itu sebagai pemb4kar semangat untuknya meneruskan kerjaya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: YOY Networks