Isteri kepada pelakon Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim berkongsi pengalaman menjaga anak keduanya, Sara Erina. Mieja berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram peribadi miliknya baru-baru ini.
Menurut Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja, menjaga anak kedua lebih senang berbanding yang pertama. Selain itu, Mieja juga turut berkongsi perkembangan Sara yang kini sudah banyak memberikan reaksi selepas mencecah usia 3 bulan.
“Sara cukup 3 bulan. Alhamdulillah Sara anak yang senang dijaga. Beza sangat jaga anak pertama dengan anak kedua.“Mungkin sebab ada pengalaman. Sara pun sekarang pantang mummy daddy sembang dengan dia mesti sengih je. Pagi-pagi pulak banyak benda dia nk cakap,” tulisnya
Terdahulu, Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017 manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak