Teringat zaman sus4h makan mi segera – Fariz Jabba

KUALA LUMPUR: Biarpun diuji kesempitan hidup hingga pernah tidak berduit serta hanya mengalas perut dengan mi segera, penyanyi kelahiran Singapura, Fariz Jabba, tidak sesekali meraih simpati.

Kepayahan sebaliknya memberi Fariz atau nama sebenarnya, Muhammad Fariz Abdul Rashid, cetusan idea menghasilkan lirik lagu berjudul Ape Sia.

“Ape Sia bercerita mengenai kisah hidup saya yang ditimpa kesus4han, tidak berduit dan hanya mampu makan mi segera sebelum berjaya.

“Ketika itu, hidup saya sangat susah tetapi ia tidak menghalang saya berkarya hingga tercetusnya lirik lagu ini,” katanya kepada BH Online.

Fariz, 23, berkata, dia tidak suka meraih simpati dengan menghasilkan lagu atau lirik sed1h, mendayu dan meruntun perasaan.

“Bagi saya, hidup bukan untuk bersed1h, Saya tidak akan sesekali bersed1h dan mer1ntih. Saya lebih suka berusaha menggembirakan diri dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan… Mereka sumber kekuatan saya.

“Setiap hari, saya tidak lupa berdoa dan bersyukur kehidupan semakin berubah. Kejayaan tidak pernah membuatkan saya lupa kepada keluarga terutama ibu dan rakan-rakan,” katanya.

Bakat Fariz mula dikesan melalui laman sosial selepas kerap memuat naik video pendek rap dan remix sehingga tular. Malah, namanya ‘trending’ di Singapura dan Malaysia.

Keupayaan Fariz ‘dihidu’ penyanyi rap terkenal tanah air, Joe Flizzow. Tertarik dengan bakat anak muda itu, Joe mengundangnya menyertai program 16 Baris yang disiarkan saluran YouTube bekas anggota kumpulan Too Phat itu.

“Saya mencipta lagu, menulis lirik dan menghasilkan video sendiri yang dimuat naik di YouTube dan Instagram.

“Dari situ, Joe ternampak video saya dan memuat naik di saluran YouTube miliknya. Selepas itu, saya diundang membuat persembahan di Malaysia,” katanya.

Mengulas perancangan masa hadapan, Fariz yang mula berjinak-jinak dengan muzik sejak usia 17 tahun berkata, dia mahu menghasilkan lagu baharu setiap enam bulan bagi mengelak peminat jemu.

“Saya juga akan mempelbagaikan genre lagu agar tidak terperangkap dengan hip hop dan R&B sahaja.

“Kalau boleh, saya ingin meluaskan muzik kepada irama balada, ‘tekno’ dan merakamkannya ke dalam pelbagai bahasa termasuk Cina, Tamil dan Bahasa Inggeris.

“Peminat yang mengikuti saya sejak awal, tahu saya sukakan kelainan. Saya jarang sekali mempromosikan diri di laman sosial kerana mahu peminat yang ikhlas menyokong saya dari awal,” katanya yang bersedia berkolaborasi dengan mana-mana artis asalkan wujud keserasian.

Selain Ape Sia, Fariz yang bernaung di bawah label Def Jam Asia Tenggara mempunyai sebuah lagi single berjudul Masa.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online