KUALA LUMPUR: Kali pertama dengar sudah j4tuh hati, Farahdhiya percaya single baharu taruhannya, Tegar bakal memikat peminat.
Mengaku bertuah mendapat karya bermutu daripada komposer yang sedang ‘in’, Farouk Roman dan Amylea Azizan, Farahdhiya menaruh harapan tinggi.
Farahdhiya yang aktif berlakon berharap Tegar dapat mengembalikan kegemilangan lagu ‘berh4ntu’, Bertakhta di Hati yang masih menjadi siulan ramai.
“Tegar adalah lagu balada. Saya seronok dapat merakamkan lagu ini sebab peminat selalu bertanya bila saya hendak merakamkan lagu balada baharu.
“Alhamdulillah, saya dapat lagu yang baik seperti yang dimahukan selama ini. Malah, peminat juga mahu saya merakamkan lagu balada bermutu.
“Sudah rezeki saya dapat bekerjasama dengan Farouk dan Amylea. Saya sangat gembira dan bangga,” katanya kepada BH Online.
Farahdhiya atau nama penuhnya, Farahdhiya Mohd Amin berkata, peluang bekerjasama dengan Farouk dan Amylea memberi pengalaman baharu.
“Lagu ini dirakamkan beberapa minggu lalu. Dua hari selepas mendapat lagu itu, saya terus rakam.
“Saya tidak diberi masa panjang untuk mengkaji lagu ini. Saya cuba ‘mewarnakan’ dan memberi stail kepada lagu berkenaan.
“Proses rakaman juga tidak lama. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Kembali mempertaruhkan genre balada, Farahdhiya mengaku lagu rentak itu sudah menjadi ‘makanannya’.
“Genre balada adalah jiwa saya. Bagi saya, melalui genre ini, kita dapat berkarya daripada segi nyanyian dan vokal.
“Jika sebagai pelakon, kita perlu menjiwai watak, samalah ketika menyanyi. Apabila hendak masuk ke studio, kita kena faham lagu, lirik dan menyampaikannya.
“Kita kena ‘letak’ diri dalam lagu, barulah mudah dinyanyikan,” katanya.
Tegar dipilih menjadi antara lagu tema drama Dendam Cinta Arissa yang mula ditayangkan di Astro Ria 104 dan Ria HD 123 sejak 9 Mac lalu.
Lirik video rasmi Tegar dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music, Jumaat lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :