“Poland Tutup Sekolah Dan Institusi Selepas 25 Kes,” Diana Danielle Minta Jangan Ambil Mudah, ‘Cutikan’ Anak Sehingga Yakin Wabak Pulih

Pelakon Diana Daniella berkongsi petikan daripada sidang media di Poland yang mengumumkan penutupan sekolah dan institusi pendidikan selepas menerima 25 kes C0VID-19.

Menurut kenyataan Menteri Kesihatannya, negara berkenaan mengambil serius akan wab4k yang berlaku.

Malah, penutupan sekolah bukan bererti rakyat boleh pergi bercuti atau meluangkan masa di tempat awam, sebaliknya bertanggungjawab terhadap orang lain dengan duduk di rumah.

“Poland menutup sekolah dan institusi selepas 25 kes, bersamaan dengan kes Malaysia pada gelombang pertama.

“Saya sarankan kerajaan berbuat yang sama memandangkan bilangan kes semakin meningkat tanpa kawalan.

“Kita melihat Wuhan, Itali, Korea Selatan dan Iran, ia menjadi teruk dalam masa dua minggu selepas gelombang pertama.

“Saya bimbangkan negara kita, tolong jangkakan ia lebih teruk daripada mengambil mudah akan kesannya, ia akan menyelamatkan ramai nyawa.

“Saya mengambil keputusan untuk cutikan anak daripada sekolah sehingga yakin dia selamat dalam kalangan ratusan pelajar lain dan guru.

“Kongsikan tindakan dan nasihat anda supaya kita oleh tanganinya bersama,” luah ibu kepada dua anak ini.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Poland has shut schools and institutions down after 25 cases, equivalent to our first wave. I urge our government to do the same as the numbers rise above our own knowledge and control. We’ve seen Wuhan, Italy, South Korea and Iran’s situation, it became severe just after 2 weeks from their first spike. I worry for our country, please overestimate and please overreact, better than underestimating the effects… this will save so many lives. I’ve decided to take my son off school until we are confident he is safe amongst hundreds of other students and teachers. Share your actions and advise below so we can fight this together.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Perkongsian aktres ini turut mendapat persetujuan netizen yang rata-ratanya turut bimbangkan soal keselamatan keluarga dan anak-anak.

Sehingga kini, Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes j4ngk1tan kor0nav1rus baharu (C0vid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Instagram Diana Danielle via Note Untuk Awak