“Rutin Harian Saya Berubah 360 Darjah!” – Ella & Suami Bahagia Ambil Anak Angkat

Penyanyi Ella mendedahkan kehidupannya dan suami Azhar Ghazali berubah sejak memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Shanome Az Zahra.

Menurut Ella, kehadiran anak angkatnya yang kini berusia 3 tahun cukup membahagiakan dan dia perlu menyusun atur kembali kehidupannya.

“Alhamdulillah, kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk meluangkan masa bersama anak kami.

“Setakat ini, kami dah menyesuaikan diri untuk tidur dengan dia, masa juga banyak kami habiskan untuk dia. Membeli-belah pun banyak kami beli untuk dia sampai tak banyak yang kami yang kami shopping untuk diri kami,” ujar Ella kepada Gempak.

Ella ditemui ketika majlis sidang media mengumumkan dia sebagai duta jenama pakaian muslimh Sabella di The Love, Matic, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah Ella lagi, dia bersyukur apabila dia berkongsi banyak momen-momen indah bersama anaknya.

“Alhamdulillah ada banyak benda yang dia ikut Ella sampai Ella pelik. Sebelum tidur, dia akan bermain dengan daddy dia sampai penat.

“Macam tukar lampin pakai buang, saya pernah terlvk4 sebab tangan saya sensitif dengan krim.

“Ada momen panik kalau dia menangis tak berhenti sampai Ella tak tahu apa nak buat, Ella pun nangis sama jadi bisinglah rumah tu,” ujar Ella lagi.

Imbas kembali, Ella dan Azhar telah melangsungkan perkahwinan pada Julai 2002 namun pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak