Pelakon cantik, Raja Farah baru saja melahirkan anak keduanya semalam dengan berat 3.45kg.
Bayi yang dilahirkan itu dengan selamat pada jam 6 petang melaluhi kelahiran normal.
Menerusi Instagramnya, Raj Farah membuat pengumuman itu di dalam satu posting dengan kapsyen:
Assalammualaikum semua…Alhamdulillah…we’re now 4… Syukur Alhamdulillah…we are so happy to announce the arrival of our 2nd son..Alhamdulillah…everything went well..
• 7th April 2019 • 6:15pm • 3.45kg • boy • normal delivery •
We would like to thank every single of you for all the doa & warm wishes..we really appreciate it…thank you..much love from us…
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada keluarga ini dan mendoakan kedua-duanya sihat sentiasa.
Bagi yang tak mengenali, Raja Farah Raja Aziz atau lebih dikenali sebagai Raja Farah merupakan seorang pelakon dan juga model dari Malaysia. Beliau membesar dan menetap di Shah Alam, Selangor.
Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan mula dikenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi.
Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.
Raja Farah mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskandar dan Afdlin Shauki.
Raja Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Pada tahun 2010 Raja Farah telah menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan mantapnya sebagai gadis sosialis dalam filem Haq di Festival Filem Malaysia ke-23.
Sumber: YOYNetwork
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Tube Viral