Jangan Terpedaya! Kerajaan Tak Pernah Melantik Agensi Untuk Menjalankan Imunisasi COV1ID-19

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menasihati semua pihak agar berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi c0v1d-19.

Menerusi Instagram Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi c0v1d-19 dari rumah ke rumah.

“MKN menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan  taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi c0v1d-19 yang sedang melanda kini.

“Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi c0v1d-19 dari rumah ke rumah,” kongsi pengendali akaun terbabit.

Justeru, MKN berpesan agar orang ramai tidak membenarkan individu asing masuk ke dalam rumah untuk tujuan tersebut.

“Jangan benarkan sesiapa untuk masuk ke rumah anda untuk tujuan tersebut. Sila ambil perhatian dan tindakan sewajarnya,” kongsinya lagi.

Malaysia terpaksa akur selepas kes c0v1d-19 kini mencecah 673 di Malaysia dengan dua rekod kem4tian.

Daripada jumlah tersebut, seramai 622 orang sedang dir4wat di h0sp1tal, manakala 49 orang telah pun pulih.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak