Sedapnya Nama Anak Kedua Syamsul Yusuf, Cantik Betul Maknanya!

Pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada pukul 3.30 petang semalam (Sabtu).

Bayi perempuan seberat tiga kilogram itu diberi nama Sumayyah.

“Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki.

“Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi.

“Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yg diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

“Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan.. #tangisanKesyukuran,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

Syamsul turut memuat naik dua keping foto bersama puterinya itu.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syaikhul Islam, 2 tahun.

“Saya Juga Ada Sifat Manja” – Syamsul Yusof

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Syamsul Yusof mengakui  dia melalui dunia tersendiri apabila bersama isterinya Puteri Sarah Liyana.

Syamsul, 33, berkata, sebagai manusia biasa dia juga mempunyai sifat manja dan ingin berkasih sayang dengan insan yang bergelar isteri.

“Mungkin orang tengok saya garang tapi bila bersama isteri, saya ada dunia saya tersendiri yang orang lain tidak tahu.

“Cuma kadang-kadang manja dan mengada-ngada saya terkeluar di laman sosial. Yelah tak kan kita nak serius sepanjang masa,” ujarnya kepada mStar Online.

Syamsul ditanya mengenai sikap romantiknya bersama isteri yang sering dipaparkan dalam Instagram sejak kebelakangan ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dia tutup mata pulak 😅

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Bagaimanapun, pengarah filem Munafik ini memberitahu kemesraan dia dan isterinya adalah perkara peribadi yang tidak perlu diceritakan kepada umum.Katanya, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

“Saya tidak mahu terlalu teruja kerana ada juga dikalangan selebriti kita sendiri yang kehilangan bayi dalam kandungan pada usia yang sudah hampir bersalin.

“Saya serahkan kepada Allah, namun saya tidak nafikan harapan itu semakin besar mengikut kandungan tersebut,” ujarnya yang kini bercuti di London bersama isteri dan ahli keluarga. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Moga dipanjangkan umur, sama2 nantikan filem Munafik 3. #InshaAllah #Munafik3

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata dia mempunyai beberapa perancangan tentang filem terbaharu dan kerjaya nyanyiannya.

“Saya ada perancangan untuk sebuah projek filem yang berbeza daripada sebelum ini, manakala ada beberapa filem yang saya akan minta Syafiq untuk mengarahnya.

“Selain itu, saya juga memandang serius terhadap kerjaya nyanyian dan merancang untuk mengeluarkan single sendiri,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya Idul Fitri smua. @syaikhulislam2017 ❤ @puterisarahliyana . Mudahmudahan kita smua istiqomah. #Alhamdulillah

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber  : astro gempak via MStar