“Lagi Risau Kalau Dia…”Dipertikai Keluar Rumah, Wawa Zainal Jawab Mengapa Bukan Aeril…

Pelakon Wawa Zainal akui terpaksa keluar rumah ketika dalam tempoh perintah kawalan pergerakan semalam.

Sebelum keluar, Wawa berkata dia perlu membuat persiapan perlindungan ke atas diirinya dan akui ia seolah-olah seperti hendak pergi berperang.

“Cari barang dapur kejap. Rasa macam nak pergi berperang,” tulisnya.

Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Wawa memuat naik fotonya memakai topeng muka dan berbaju hujan.

Namun entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang mempersoalkan mengapa tidak suaminya, Aeril Zafrel sahaja keluar membeli barangan keperluan tersebut.

“Aeril sahaja la yang keluar, ke Aeril tiada di rumah?,” komen peminat itu

 Ia turut mendapat perhatian Wawa untuk membalas serta menjelaskan keadaan sebenar.

“Ada, tapi lagi risau kalau dia keluar duduk lama-lama dalam supermarket sebab nak cari barang satu-satu.

“Kalau kita ni, dah tahu barang apa kena beli,” balasnya.

Sejak 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini seluruh negara perlu mematuhi  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam tempoh dua minggu ini, orang ramai diminta untuk menghabiskan masa di rumah dan mengurangkan aktiviti di luar bagi mengelakkan diri daripada j4ngk1tan w4b4k c0v1d-19 yang sedang melanda negara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

cari barang dapur kejap😭😭 rasa mcm nak pergi berperang😣

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on

Sumber :Gempak