Biarpun Disahkan Negatlf, Tun Mahathir Tetap Duduk Rumah Kuarantin Diri Selama 14 Hari! Cayalah!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahkan negatif terhadap j4ngk1tan c0v1d-19.

Menerusi laporan Astro Awani, keputusan kesihatan negarawan berusia 95 tahun itu telah dikongsikan oleh pembantu rapatnya semalam.

“Ujian tersebut telah disahkan negatif, namun dia masih akan mengikuti protokol kuarantin selama 14 hari,” kata pembantunya.

 Tambah pembantu itu, meskipun dilaporkan negatif, Tun Mahathir memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa akan tetap mematuhi protokol kuarantin selama 14 hari.

Sementara itu, menerusi Twitter, Tun Mahathir menasihatkan orang ramai supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan dan isi masa lapang dengan perkara berfaedah.

 “Saya ucap terima kasih kepada petugas di barisan hadapan, doktor, jururawat, polis dan tentera yang memastikan kita semua selamat,” katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif c0v1d-19.

Beberapa hari lepas, Dr Mahathir juga memuat naik nasihat kepada rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menj4ngk1ti orang lain.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak