Sejak kebelakangan ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan seorang anggota polis wanita bertindak tegas terhadap mereka yang masih ingkar mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Menerusi sebuah video, anggota polis itu kelihatan memarahi sekumpulan lelaki ketika sedang melaksanakan Ops c0v1d-19 di sebuah bengkel motosikal.
‘Steady’ akak polis!
Steady akak Polis.. tamparkan shj sekali bagi dia rasa penampar covid19! #BangsaBebal#COVID19 pic.twitter.com/oRR9O3Y96O
— Suara Biasa (@SuaraBiasa) March 21, 2020
Sebuah video lagi menunjukkan beliau sedang melakukan rondaan di sekitar Taman Kinrara, Puchong sebelum menegur individu yang masih berada di luar rumah tanpa keperluan penting.
Wajah sebenar akak polis!
Wajah sebenar hakak Polis yg garang dan tegas!
Tahniah PDRM! #COVID19 #StayHome pic.twitter.com/GrwpwGyqBc— Suara Biasa (@SuaraBiasa) March 22, 2020
Rupa-rupanya anggota polis tersebut, Siren Boonthnam Ekkasook dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sering menjadi perhatian di laman Instagram dengan mempunyai sebanyak 32,100 pengikut.
Beliau sering memuat naik posting berkongsi pelbagai aktiviti harian yang penuh berhemah dan berdedikasi sebagai anggota polis.
Kedua-dua rakaman video dikongsi di Twitter @SuaraBiasa itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata bersetuju dan berpuas hati dengan tindakan anggota polis tersebut dalam memastikan rakyat mendengar kata.
Sumber : Twitter SuaraBiasa
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Terlajakviral