Hari ini genap seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sehingga 31 Mac ini akibat penul4ran w4b4k c0v1d-19.
Mematuhi saranan kerajaan, semakin ramai selebriti tempatan tampil memberi nasihat dan peringatan kepada rakyat negara ini.
Berbagai cara dilakukan untuk menyuntik kesedaran kepada orang ramai supaya mengambil serius tentang c0v1d-19.
Pasangan pelakon dan pelawak Ozlynn Wati dan Johan tidak ketinggalan untuk membantu kerajaan dalam menyekat rantaian w4b4k itu.
Semalam, Ozlynn telah berkongsi video anak-anaknya Ariq, Sodiq, Haziq dan Chantiq membuat pesanan khidmat masyarakat di laman sosial Instagram (IG)nya.
Apa yang menarik perhatian ialah, kefasihan Ariq berbahasa mandarin ketika menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai.
Antara yang ditekankan empat beradik ini ialah tentang langkah pencegahan yang perlu diambil untuk mengelakkan diri dij4ngk1ti c0v1d-19.
Dalam pada itu di ruangan kapsyen, Ozlynn sempat berpesan kepada orang ramai supaya tidak menuding jari kepada sesiapa sebaliknya membantu dengan mengikut perintah kerajaan demi masa depan semua.
Ozlynn turut mendoakan agar semua keluarga dijauhi daripada peny4kit yang boleh membahayakan diri dan menjauhkan diri daripada orang ramai.
#dudukrumah dengan anak-anak tak perlu rebut alat kawalan jauh lagi!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak