“Tak M@rah, Jangan Takvt Kami Cuma Nak Kawal Risik0 Jangkltan” Dr. Izzar Harap 0rang Ramai Lebih Jujur

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari berharap masyarakat harus berlaku jujur sewaktu membuat pemeriksaan bersama petugas kesihatan.

Menerusi muat naik di akaun Instagramnya, Dr. Izzar menjelaskan beberapa sebab dan akibat yang berlaku sekiranya hal tersebut dipandang ringan oleh masyarakat.

“Kita tahu terdapat kes-kes c0v1d-19 positif dari kluster Sri Petaling. Jika anda terlibat dengan majlis tersebut, atau tinggal bersama ahli-ahli majlis tersebut (kontak rapat), SILA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN di kaunter hadapan klinik kesihatan/ h0sp1tal.

“Jangan simpan dulu dan nak tunggu jumpa doktor kat dalam baru beritahu atau tak beritahu langsung. Beritahu siap-siap untuk mengelakkan masalah kami bertambah.

“Jika anda tak beritahu, petugas-petugas kesihatan dan pes4kit-pes4kit lain akan terdedah kepada peny4kit anda semasa diruang menunggu atau di wad kerana mereka tak berpakaian lengkap untuk merawat c0v1d-19 sebab hangpa tak beritahu awal-awal.

“Klinik-klinik atau h0sp1tal-h0sp1tal banyak terpaksa ditutup sementara sebab info ini disembunyikan dari petugas kesihatan.

“Ramai kawan-kawan saya terpaksa dikuarantin sebab terdedah kepada mereka yang sembunyikan info penting ni. Dah tenat baru nak mengaku.

“Beberapa jabatan dih0sp1tal pun lumpuh sebab doktor-doktor semua terdedah kepada pes4kit c0v1d-19 ni dan terpaksa dikuarantin.

“Kalau semua doktor kena kuarantin, siapa pulak nak ganti kerja depa? Dan kalau dikuarantin, memang tak boleh jumpa keluarga semua tau.

“TOLONGLAH! KITA BUKAN NAK MARAH. Jangan takut. Kami cuma nak kawal risiko j4ngk1tan ke orang lain je. Sebab tempat rawatan c0v1d-19 memang berlainan dari tempat rawatan biasa.

“Jom doakan agar semua rakyat Malaysia jujur dengan petugas-petugas kesihatan. Semoga semua petugas kesihatan di luar sana diberi kekuatan, kesihatan dan kemenangan yang berkekalan dalam melawan c0v1d-19. Aminn. We can do this!” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalam semua. Semoga kehidupan dan kesihatan kalian dipelihara sentiasa. Sememangnya kita berada dalam situasi yang amat mencabar, terutamanya untuk petugas2 kesihatan diluar sana. Mari kita doakan keselamatan mereka sekali. Disini saya ingin berkongsi mengenai satu perkara penting yang kami selaku petugas kesihatan amatlah hargai iaitu AMANAH hangpa semua . Kita tahu terdapat kes2 Covid-19 positif dari kluster Sri Petaling. Jika anda terlibat dengan majlis tersebut, atau tinggal bersama ahli2 majlis tersebut (kontak rapat), SILA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN di kaunter hadapan klinik kesihatan/ hospital. Jangan simpan dulu n nak tunggu jumpa doktor kat dalam baru beritahu, or tak beritahu langsung. Beritahu siap2 untuk mengelakkan masalah kami bertambah 👨‍⚕️ . Jika anda tak beritahu, petugas2 kesihatan dan pesakit2 lain akan terdedah kepada penyakit anda semasa diruang menunggu atau di wad kerana mereka tak berpakaian lengkap untuk merawat Covid-19 sebab hangpa tak beritahu awal2 😡 . Klinik2/hospital2 banyak terpaksa ditutup sementara sebab info ini disembunyikan dari petugas kesihatan. Ramai kawan2 saya terpaksa dikuarantin sebab terdedah kepada mereka yang sembunyikan info penting ni. Dah tenat baru nak mengaku. Beberapa jabatan dihospital pun lumpuh sebab doktor2 semua terdedah kepada pesakit covid-19 ni dan terpaksa dikuarantin. Kalau semua doktor kena kuarantin, siapa pulak nak ganti kerja depa? N kalau dikuarantin, mmg tak boleh jumpa family semua tau 👨‍👩‍👧‍👦 . TOLONGLAH! KITA BUKAN NAK MARAH. Jangan takut. Kami cuma nak kawal risiko jangkitan ke orang lain je. Sebab tempat rawatan Covid-19 memang berlainan dari tempat rawatan biasa . Jom doakan agar semua rakyat Malaysia jujur dengan petugas2 kesihatan. Semoga semua petugas kesihatan diluar sana diberi kekuatan, kesihatan dan kemenangan yang berkekalan dalam melawan COVID-19. Aminn. We can do this! 🤲💪 #drizzarshares

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on

Buat pembaca, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak