ANGKA mereka yang positif c0v1d-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,796 kes setakat Rabu, dan daripada jumlah itu, sebahagian besar merupakan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Dilaporkan, seramai 16,000 peserta program itu terdiri daripada 14,500 warga Malaysia, manakala 1,500 peserta warga asing dari 25 negara.
Saban hari, pihak kerajaan merayu agar jemaah tabligh membuat saringan kesihatan, sehingga menyebabkan golongan ini dikec4m ramai.
Namun di sebalik pelbagai pandangan dan kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap ahli tabligh, seorang jururawat seb4k berkongsi pengalamannya mengendalikan pes4kit tabligh yang positif c0v1d-19.
Kebanyakan jemaah tabligh membawa imej berkopiah. Gambar sekadar hiasan/Foto Bernama
Menerusi aplikasi ‘story’ yang dikongsikannya menerusi WhatsApp sehingga menjadi tular, jururawat itu menggambarkan suasana wad yang dipenuhi pes4kit jemaah tabligh.
“Bila masuk dalam wad tu, macam masuk dalam masjid. Kebanyakan semua berjubah, ada yang berkopiah dan berserban… semua tersenyum je.
“Ada yang bertongkat seperti tok guru (allahy4rh4m Datuk Seri) Nik Aziz, ada yang sebaya dengan ayah kita, datuk kita.
“sed1h, sayu sampai menitik air mata. Tahu tak dalam wad c0v1d-19 tu semuanya orang yang ilmu agamanya tinggi,” katanya.
“Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini.”
JURURAWAT
Malah, jururawat itu menyifatkan pes4kit positif c0v1d-19 yang terlantar di wad cukup menyenangkan mereka sebagai petugas barisan hadapan (frontliner).
“Tak ada muka yang berkerut, tak ada marah-marah. Semua bercakap lembut.
“Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini,” katanya meluahkan perasaan.
Luahan seorang jururawat yang mengendalikan pes4kit c0v1d-19 dalam kalangan jemaah tabligh.
Menurut jururawat berkenaan, dia turut tersentuh apabila segelintir mereka sedia menghulurkan bantuan dalam keadaan yang genting itu.
“Mereka siap tanya lagi ‘ada apa lagi nurse yang kami boleh tolong’. Kadang-kadang terfikir kenapa Tuhan tak gantikan dengan manusia-manusia yang jahat kat muka bumi ni dengan mereka.
“Tapi nak buat macam mana, Allah lebih mengetahui orang-orang beragama yang beriman selalu diuji,” tambahnya.
Jururawat mempunyai persepsi yang berbeza mengenai jemaah tabligh yang dikritik banyak pihak.
Walaupun kepenatan menjaga 30 pes4kit, tetapi jururawat tersebut lebih berasa simpati terhadap kumpulan pes4kit jemaah tabligh.
“Ye letih memang letih, tapi rasa simpati dan kasihan tu lebih tinggi. Mereka langsung tak menyusahkan, semuanya sangat-sangat baik. Sudah-sudahlah kec4m golongan tabligh,” katanya.
Pada masa sama, jururawat itu turut mendoakan agar kesemua pes4kit positif c0v1d-19 segera sembuh dan segala urusan untuk merawat mereka berjalan lancar.
“Janganlah diambil nyawa mereka semua sebab mereka sangat baik. Doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar