Shuib pertahan rakan bela artis susah

KUALA LUMPUR: Pelawak, Shuib Sepahtu mohon netizen berhenti menghent4m golongan selebriti yang memperjuangkan hak untuk penggiat seni yang terjejas.

Dalam rakaman video dimuat naik menerusi laman Instagram berdurasi 3.46 saat, Shuib berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya, Black, Tomok dan Achey yang dihentam teruk selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.

Shuib berkata, tiga sahabatnya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri. Mereka memperjuangkan hak penggiat seni, khusus artis veteran dan kru produksi balik tabir yang dihimpit kesulitan hidup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Katanya, pendapatan golongan penggiat seni terjejas berikutan penggambaran atau persembahan terpaksa ditangguh serta dibatalkan.

“Saya buat video ini kerana mahu meleraikan salah faham. Black, Tomok dan Achey mohon kerajaan mewujudkan bantuan khas bagi golongan artis.

“Ramai netizen tak puas hati dan menghentam. Mereka mahu memperjuangkan golongan penggiat seni yang terjejas, inilah masanya membantu sesama artis.

“Kami ada membantu, tetapi tidak dihebohkan. Mereka sebenarnya membuat kenyataan mewakili artis veteran dan penggiat seni seperti pengarah, penulis skrip, jurusolek dan kru produksi yang terjejas,” katanya.

Shuib berkata, dia yakin ramai penggiat seni yang terjejas dan tiada pekerjaan, sejak PKP dilaksanakan.

“Kita tak tahu berapa lama PKP dilaksanakan. Ada yang mempersoalkan, apa sumbangan golongan penggiat seni kepada negara hingga kerajaan perlu mengeluarkan bantuan khas membantu mereka,” katanya.

Shuib mempersoalkan, adakah golongan selebriti tidak berguna di mata masyarakat, lantas dikatakan tidak menyumbang apa-apa kepada negara?

“Siapa susah payah menghiburkan masyarakat selama ini? Takkan tiada sedikitpun jasa penyanyi, pelakon dan pelawak yang boleh dikenang? Begitu juga sumbangan pengarah dan penulis skrip dalam menghasilkan produk drama dan filem untuk tontonan masyarakat,” katanya.

Katanya, artis dan semua rakyat Malaysia sedang melalui musibah yang sama dan berdepan masalah kewangan.

“Kerajaan harapnya dapat membantu artis dan penggiat seni yang tidak kerja.

“Saya tak mahu cerita mengenai artis yang ada perniagaan, mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Sekiranya ada bantuan, Alhamdulillah. Jika tidak, tak perlulah nak gaduh dan kecoh disebabkan isu ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, suami penyanyi Siti Sarah Raisuddin itu berterima kasih kepada kerajaan kerana mengeluarkan bajet sebanyak RM250 billion untuk membantu rakyat menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

“Saya ingin ucap terima kasih dan tahniah kepada kerajaan memberi bantuan kepada rakyat Malaysia. Sedikit sebanyak bantuan ini meringankan bebanan situasi getir dan mencabar ini.

“Paling penting, rakyat Malaysia harus bersatu dengan menjadikan arahan PKP berkesan untuk menghapuskan v1rus c0v1d-19. Berdoalah, insya-Allah,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Frontliner #Kitajagakita #stayhome #dudukrumah #Covid19 @amin_idris

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online