Ustaz Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Usaha penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ketika COVID-19 sedang menular, mendapat perhatian netizen.

Terbaru, beliau telah membeli barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada anak-anak muda di sekitar Kuala Lumpur terutamanya mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Menurut Ustaz Ebit, dia berasa terkesan apabila ada asnaf yang tidak mempunyai bekalan makanan. Susulan daripada itu, dia telah membuat senarai barangan dan mendapatkannya di pasaraya bagi diedarkan kepada mereka tanpa mengira bangsa dan agama.

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai staf namun dibantu oleh anak-anak muda yang sukarela memberikan bantuan mengangkat barangan tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas positif daripada netizen yang begitu terharu dengan tindakan Ebit Lew.

Mereka semua mendoakan agar pendakwah ini terus dilindungi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang kerja-kerja murninya ini sambil berharap agar lebih ramai individu yang tampil meringankan para asnaf dan insan-insan yang terkesan dengan penularan Covid-19 ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: cempedakcheese