“INI pertama kali saya dengar (penemuan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap di Johor),” kata Ketua P0lis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengenai dakwaan terkini peserta Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu, dijumpai selamat di negeri itu.
Mohd Khalil berkata, p0lis Johor tidak menerima laporan mengenai penemuan lelaki terbabit namun akan memeriksa kesahihannya.
Gambar Hiasan
“Kami akan memeriksa kesahihan maklumat berkenaan sama ada benar atau sebaliknya.
“Buat masa ini kita tidak menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai perkara berkenaan namun akan memeriksanya, ” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu berita penemuan Acap yang kononnya ditemui selamat dan sedang berehat di Muar, tular di media sosial sejak tengah hari ini.
Kenyataan itu kononnya Acap merajuk dan lari ke rumah rakannya di Johor selain mendakwa kenyataan itu akan dikeluarkan P0lis Diraja Malaysia.
Pada 23 Mac lalu, Acap yang berasal dari Muar, Johor, disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25 kilometer.
Kisah kehilangan Acap sejak lebih dua minggu lalu itu menjadi tumpuan masyarakat dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Viral Dakwaan Acap Sebenarnya Dah Dijumpai & Sembunyi Di Johor, Ini Respon P0lis
Baru-baru ini viral di media sosial satu dakwaan gambaran Acap sudah ditemui. Tambahan, pihak tidak bertanggungjawab ini turut mengeluarkan kenyataan pihak operasi sudah memberhentikan pencarian.
Terbaru, menerusi Harian Metro, pihak p0lis telah tampil menjelaskan situasi sebenar disebalik dakwaan tersebut. Mereka turut meminta pihak tidak berkenaan tidak sebarkan berita p4lsu dan orang ramai diminta jangan mudah terpedaya.
Kononnya, Acap sudah dijumpai
Acap berada di Johor?
SAR masih mencari Acap
Berikutan timbulnya pelbagai dakwaan tersebut, Ketua P0lis Perak, Datuk Razarudin Husain telah tampil memberikan kenyataan bahawa kes kehilangan Acap masih lagi dalam siasatan dan kertas siasatan dibuka mengikut kes orang hilang.
Kita tidak mahu individu membuat tular yang tidak disertakan dengan fakta yang betul kerana siasatan kita lebih menjurus kepada fakta dan bukti tertentu.
Kenyataan individu mengatakan dia membongkar dan p0lis sudah diberitahu adalah satu perkara yang tidak betul, malah dia tidak berjumpa kita sebaliknya terus menularkan kenyataan ke laman sosial, jadi jangan ambil peluang untuk mengeruhkan keadaan serta menjadikan situasi lebih kusut.
Siasatan secara menyeluruh
Menurutnya lagi, pihak p0lis juga telah melakukan siasatan secara menyeluruh termasuklah meminta keterangan daripada keluarga m4ngsa serta barangan peribadi Acap.
Setakat ini, p0lis sudah melengkapkan kertas siasatan seramai tujuh individu termasuk ahli keluarga, rakan dan saksi bebas dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kehilangan Mohammad Ashraf.
Semakan turut dibuat termasuk membuat pemeriksaan terhadap akaun bank, pergerakan kereta, komunikasi menerusi telefon bimbitnya dan hasil siasatan tidak menemui sebarang unsur jen4yah atau khi4nat.
Selain itu, operasi pencarian akan diteruskan di kawasan lain iaitu di bahagian kaki bukit pada Sabtu ini.
Untuk makluman, hari Sabtu ini pihak kita akan mengatur pencarian lain pada sebelah pagi di kawasan kaki bukit, di lokasi orang belum cari lagi. Operasi itu dijalankan dalam skala yang kecil, namun kita fokus di lokasi lain daripada lokasi pencarian.
Sumber : Metro
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon