KUALA LUMPUR: “Hidup secara aman, hentikan perbal4han dalam media sosial. Jangan jadikan medium ini untuk mengvtuk, mengec4m dan berg4duh.
“Apa salahnya menggunakan peluang yang ada untuk sentiasa mendoakan kebaikan. Doakan kesihatan dan dijauhi v1rus c0v1d-19, bukannya mengvtuk dan meng3ji yang akhirnya meros4kkan kita,” kata pelakon popular, Syafiq Kyle mengulas isu pertelagahan artis dan netizen yang hangat diperkatakan ketika seluruh dunia berdepan musibah v1rus berbahaya itu.
Syafiq berkata, sebagai umat Islam, kita disarankan sentiasa mendoakan kesejahteraan. Dan, dia percaya kebaikan akan datang semula.
“Saya harap netizen menghentikan perbalahan. Perkara tidak penting inilah yang boleh merosakkan fikiran kita. Gunakan medium media sosial berkongsi sesuatu yang baik, dalam situasi v1rus c0v1d-19 yang sudah menelan banyak nyawa,” katanya kepada BH Online.
Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 itu berkata, penul4ran v1rus c0v1d-19 bergantung pada sikap dan budaya sesebuah negara.
“Saya pernah pergi ke Itali dan China. Saya tidak hairan kenapa Itali mengalami kesan yang teruk berbanding negara tembok besar.
“Jadi, saya berharap rakyat Malaysia patuhi perintah kerajaan jika mahu memutuskan rantaian v1rus berbahaya ini,” katanya.
Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia bimbang mahu keluar rumah sekiranya tiada keperluan sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Seperti individu lain yang gemar mencuba pelbagai resipi baharu, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu berkata, dia turut terjebak memasak bagi mengisi masa lapang.
“Saya tak banyak aktiviti dilakukan sepanjang tempoh PKP. Waktu tidur saya pun berubah.
“Saya masuk tidur awal dan bangun pagi. Jadi, saya gemar memasak, membaca atau bersenam untuk mengisi masa lapang.
“Ada masanya terpaksa keluar mencari makanan atau singgah rumah keluarga untuk makan. Tetapi, saya elak terlalu kerap keluar kerana bimbang ada berdekatan dengan individu lain sewaktu dalam lif,” katanya.
Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, dia berharap kesedaran masyarakat terhadap bahaya w4b4k itu akan lebih tinggi, selepas dua minggu tempoh PKP.
“Patuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai langkah keselamatan bagi mengelakkan dij4ngk1ti v1rus c0v1d-19.
“Sentiasa memakai topeng muka, mengutamakan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan dengan bahan pencuci tangan. Paling penting, jaga jarak diri antara satu sama lain,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online