“Cuba Fikir Bagaimana Nak Bangkit, Tolak Tepi Apa Orang Nak Kata…”- Mila Jirin Saran Anak Seni Untuk Berniaga

Penyanyi Mila Jirin akui memahami apa yang dialami penggiat seni kini terutamanya yang terjejas  sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Mila, kini sudah tiba masanya anak seni memikirkan apa yang mereka boleh lakukan untuk menjana pendapatan.

“Buat anak seni dikategori meniti zaman penurunan dan juga tiada demand, nasiha saya sewaktu PKP ini, cuba fikir apakah tindak ayang boleh diambil selepas ini untuk memastikan kewangan kehidupan berjalan lancar.

“Cuba cari satu titik mula, bagaimana nak bangkit, tolak tepi apa orang nak kata, kebalkan diri.

“Cari apakah kekuatan anda untuk dijadikan salah satu produk atau perkhidmatan untuk berniaga,” katanya.

Mila yang juga juara Akademi Fantasia 5 (AF5) itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Mila turut berterima kasih keapda kerajaan yang telah membantu serta meringankan beban rakyat Malaysia.

Entri tersebut mendapat pelbagai riaksi darip pengikut yang rata-rata bersetuju dengan nasihat Mila.

Mila kini merupakan usahawan berjaya dengan memiliki perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kita semua rakyat Malaysia….SAMA tiada beza…. Semua orang diuji , hanya Allah tempat mengadu dan memohon pertolongan….Stay safe at home…Sama sama kita putuskan rangkaian #covid_19

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak