Laporan p0lis terhadap artis kontr0versi

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) melaporkan beberapa ahlinya sudah membuat laporan p0lis terhadap artis kontr0versi yang didakwa memuat naik video hasutan terhadap penggiat seni.

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi memaklumkan ia membabitkan beberapa artis membuat laporan p0lis di lokasi berbeza, hari ini. Laporan dibuat berdasarkan video yang didakwa berbentuk hasutan dan kec4man terhadap penggiat seni serta industri hiburan.

“Tindakan artis ini boleh memecah-belahkan perpaduan dan mengg4nggu ketenteraman dalam keadaan negara dilanda v1rus c0v1d-19.

“Berikutan laporan polis dibuat, SENIMAN akan menghantar salinan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan,” katanya kepada BH Online.

Zed berkata, usaha baik golongan selebriti membantu penggiat seni yang berdepan kesukaran hidup ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipandang negatif atas hasutan artis berkenaan menerusi video dimuat naik dalam laman sosialnya.

“Mohon jasa baik artis dan penggiat seni membuat laporan p0lis dan kepada SKMM terhadap artis yang memuat naik video hasutan. Dalam keadaan sekarang, lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan untuk menghapuskan c0v1d-19.

“Ia bukannya menghasut masyarakat membuat perkara tidak baik yang boleh menggugat perpaduan industri seni dan ketenteraman,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online