Emelda ‘sekolahkan’ netizen

KUALA LUMPUR: Pelakon, Emelda Rosmila memberi pengajaran terhadap netizen yang suka menghukvm golongan selebriti tanpa usul periksa.

Menerusi akaun Instagram (IG), isteri pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramli meletakkan paparan skrin, sekali gus mempromosikan beberapa individu yang lant4ng mengec4m membabitkan isu pertik4man lidah antara artis dan netizen yang hangat diperkatakan.

Tindakannya nyata memberi kesan apabila beberapa netizen tampil membuat permohonan maaf akibat perbuatan mereka mengvtuk dan mengeeji anak seni.

Emelda berkata, dia tidak bermaksud mahu meng4ibkan sesiapa.

“Ini cara saya mahu memberikan pengajaran kepada netizen yang tak tahu menghorm4ti individu lain. Kalau lihat cara tutur, saya jadi takut.

“Artis pun manusia. Apa hak mereka nak bercakap macam-macam. Saya nak luahkan isi hati saya dalam ruang sendiri, kenapa kamu boleh masuk dan cakap sesuka hati.

“Di mana silapnya menyuarakan pendapat peribadi. Dengan penuh rendah hati dan diri untuk bertanyakan adakah mungkin golongan artis dan penggiat seni tidak terkecuali untuk mendapatkan insentif kerajaan dalam dunia dilanda musibah ini?

“Penggiat seni juga rakyat Malaysia, berhak bersuara untuk diri sendiri. Kenapa perlu kec4m? Kalau saya rasa perlu, saya ambil. Kalau tak perlu pastinya akan dahulvk4n yang memerlvk4n. Jangan cetek akal. Emosi menguasai diri hinggakan otak di hujung jari,” luahnya.

Pelakon drama Manjalara dan Kekasihku Seru itu memberikan contoh jika aplikasi TikTok memaparkan gelagat individu menayang aset secara terbuka menerima pujian netizen.

“Tayang aset, semua komen padu dan ‘merecik’, tetapi apabila bersuara mengenai nasib penggiat seni, cuba bela diri, netizen seperti dir4suk sy4it4n.

“Adilkah begini? Jika kamu boleh hidup dengan makan nasi bersama ikan kering setiap hari, jangan salah dan cembvrukan orang yang berusaha nak makan daging.

“Mana akal kamu semua? Saya selalu anggap diri saya kerdil. Saya orang yang sangat merendah diri. Saya letakkan diri saya sama orang lain. Lebih atau kurangnya, saya tetap rasa kerdil. Tetapi, jangan kerana sikap rendah diri ini, kamu boleh buat sesuka hati,” katanya.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak pernah bertindak sebegini. Ini kerana apa yang dilakukan netizen melampaui batas manusia.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online