‘Tak tahu perg4duh4n artis’

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan UNIC, Mohd Fakhrul Radhi menafikan dakwaan netizen bersubahat pertelingkahan golongan selebriti dengan seorang artis kontr0versi.

Kekec0han berlaku apabila artis kontroversi berkenaan mendakwa ada sebahagian selebriti memburvkkannya dalam aplikasi grup Telegram, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Mohd Fakhrul, antara selebriti yang berada dalam grup Telegram itu menjelaskan, dia menyertai grup berkenaan untuk memberi sokongan dan membantu penggiat seni yang berada dalam kesempitan hidup ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa.

“Saya hanya memberi salam dalam grup Telegram berkenaan. Dengan harapan, musibah dan ujian dilalui akan dipermudahkan, itu sahaja.

“Saya dijemput SENIMAN menyertai grup Telegram, selepas dimaklumkan bertujuan membincangkan bantuan yang boleh dihulurkan kepada penggiat seni yang terjejas akibat penul4ran v1rus c0v1d-19.

“Rasanya tak salah memberi sokongan dan mendapatkan maklumat penting berhubung rakan artis yang boleh dibantu,” katanya.

Difahamkan, keadaan menjadi kecoh apabila perbincangan soal kebajikan menjadi isu sebaliknya apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan beberapa selebriti dan artis kontroversi berkenaan. Grup Telegram yang diwujudkan beberapa hari lalu awalnya dibuka pada orang luar, tetapi kini sudah ‘private’.

Bagaimanapun, Fakhrul berkata, dia memilih kekal dalam grup Telegram berkenaan.

“Saya menyangka grup Telegram ini hanya untuk penggiat seni, tetapi orang luar pun ada. Saya tak tahu apa yang terjadi dalam perbincangan kumpulan ini. Saya tak mahu komen.

“Grup Telegram ini masih diteruskan. Ramai yang memberikan pendapat mengenai bantuan dan sumbangan di kalangan artis yang berkemampuan. Itu lebih penting.

“Saya tak melihat tiada alasan men1ngg4lkan grup Telegram ini,” katanya.

Mohd Fakhrul berkata, dia berdoa dijauhi sangkaan tidak elok.

“Kita kena fokus kepada permasalahan yang lebih penting. w4b4k c0v1d-19 ini sangat serius dan harus dipulihkan segera.

“Semoga Allah SWT dapat menyelamatkan rakyat Malaysia. Insya-Allah.

“Idea membantu penggiat seni yang terjejas adalah usaha murni dan bantulah apa yang terdaya. Ini termasuk mengikut PKP dan menjaga kebersihan diri,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online