Wanita 66 Tahun Jalan Kaki Dari Johor Bahru Ke Singapura… Ini Reaksi Fazura…

Aktres jelita Nur Fazura ters3ntuh dengan kisah seorang wanita berusia 66 tahun yang dikatakan sanggup berjalan kaki dari Johor Bahru ke Singapura untuk menjaga suaminya yang s4kit.

Wanita yang tul4r di media sosial kemarin itu dipercayai terk4ndas di Johor Bahru selepas kerajaan Malaysia menyekat keluar masuk kenderaan di sempadan Malaysia dan Singapura sebagai langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut teraju utama Dendam Pont1anak ini, kisah itu men1ngg4lkan kes4n di dalam hatinya. Pada masa yang sama, dia juga bersyukur kerana wanita itu telah menunjukkan contoh yang baik untuk dirinya.

“Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah setinggi-tinggi keberkatan, nikmat, rezeki dan ganjaran kepada wanita ini serta keberkatan di dunia dan akhirat.

“Aku bersyukur dengan limpah kurniaMu Tuhanku, wanita ini telah memberikan contoh yang sangat baik kepadaku sebagai isteri. Amin!” tulis Fazura di laman Twitter.

Kenyataan Fazura itu mendapat perhatian dari netizen yang membalas dan mengulang kicau ‘tweet’ tersebut.

Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih kepada Fazura kerana berkongsi kisah menyentuh hati itu, ramai juga yang mendoakan kebaikan buat wanita yang tular itu.

Sekadar info, Fazura mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.

Pasangan ini turut meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka November lalu.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak