Permoh0nan Lulus, Aliff Syukri Harap Proses Pencera1an Dipercepatkan?

Kemelut rumah tangga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kembali hangat diperkatakan apabila tersebar status Instastory Aliff Syukri beberapa hari lalu menunjukkan surat permohonan cerai dari isterinya. 

‘Permohonan diluluskan. Cepatlah masa berlalu supaya jangan lagi banyak benda yang buat saya malu’.

Status ini memberi gambaran bahawa satu persetujuan telah dicapai yang membabitkan status rumahtangganya. Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp dan cuma membalas pertanyaan dengan emoji sed1h. 

Kredit: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Menurut portal berita itu, kelmarin, sumber terdekat usahawan berkenaan memberitahu yang perbicaraan perceraian mereka akan didengar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Sumber itu turut memaklumkan sudah tiga kali Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibuat, tetapi gagal menemui jalan penyelesaian. Aliff Syukri juga dikatakan terkejut apabila mendapat tahu isterinya memfailkan permohonan cerai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kesulitan itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk dihadapi dengan kesabaran dan ketenangan kerana cinta itu layak diperjuangkan.. tetapi tidak akan bererti apa-apa jika ia tidak pernah dihargai….

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Aliff Syukri turut memuat naik status sed1h memberitahu bahawa cabaran perlu dihadapi dengan sabar dan tenang walau kasih sayang yang diberi itu tidak dihargai.

Pasangan ini dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. Melalui video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan Aliff Syukri sering berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur.

Pasangan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima anak serta menjaga seorang anak angkat.

Rumah tangga pasangan ini mula diperkatakan goyah apabila Datuk Seri Aliff Syukri tidak lagi mengikuti Datin Seri Nur Shahida di laman IG hingga mengundang perlbagai andaian orang ramai. 

Moga semuanya dipermudahkan dan Datuk dan Datin menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka. – CARI

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : CARI