Rakyat Malaysia banyak s0ngeh, gantikan p0lis dengan komando

KUALA LUMPUR – Pelangg4ran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan oleh segelintir individu menyaksikan trend sikap rakyat Malaysia yang semakin terlalu individualistik.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila tindakan-tindakan tegas oleh polis yang didakwa menengk1ng dan mer0tan individu-individu yang ingkar PKP dipersoalkan dan disi4s4t.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang kec3wa dengan sikap rakyat Malaysia menyifatkan trend sikap ini sebagai tidak baik kerana Malaysia memerlukan kerjasama kolektif daripada semua pihak dalam membendung w4b4k cov1d-19.

Menurutnya, individu-individu yang melanggar arahan PKP yang sudah memasuki fasa kedua seperti orang yang hilang akal kerana terlalu mementingkan kehendak sendiri hingga tidak peduli keselamatan rakyat terbanyak.

“Kerajaan melaksanakan PKP bersebab untuk membendung penularan w4b4k yang bahaya. Itu pun bukan tidak boleh keluar langsung tetapi jika ada keperluan. Jadi mengapa tidak boleh bekerjasama?.

“Saya dapati rakyat Malaysia sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau yang menyatakan rasa kec3wa dan sedih apabila ada anggota polis disi3sat kerana bertindak tegas kepada rakyat yang ingkar arahan kerajaan, khususnya ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang bergelut dan berjuang untuk menyelamat nyawa rakyat di negara ini.

“Kalau arahan polis yang menjaga keamanan negara pun tak mahu dengar, apa nak jadi? Saya juga amat sedih apabila ada anggota polis yang bertindak tegas pula disi4sat.

“Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak s0ngeh,” tegasnya.

Melihat perkembangan mutakhir itu, Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.

Pendekatan ini bukan untuk menafikan peranan polis tetapi mengajar rakyat Malaysia lebih berdisiplin dan menghorm4ti arahan terutama ketika situasi getir seperti hari ini.

“Polis selalu berada dalam masyarakat menyebabkan rasa takut rakyat kepada mereka walaupun yang berpangkat tinggi semakin berkurangan berbanding askar yang kurang berada dalam masyarakat.

”Selain itu, kedudukan askar dipandang secara simbolik sebagai benteng pertahanan negara. Warna, pakaiannya sahaja sudah menggerunkan rakyat, itu belum lagi mereka menjerit. Walaupun jika seorang prebet yang menjerit tiada siapa yang berani, apatah lagi menularkan video-video.

“Pada saya kalau dengan meletakkan askar dapat mendisiplin rakyat daripada bergerak, sekali gus dapat membendung penularan w4b4k ini, tidak ada salah kerajaan menempatkan askar-askar komando,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: cempedakcheese