Ustazah Shadiya Abbas men1ngg4l dunia akibat ses4k naf4s

Pendakwah bebas, Ustazah Shadiya Abbas, 40,  telah men1ngg4l dunia akibat ses4k nafas di h0sp1tal Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Berita pemerg1annya dimaklumkan suaminya, Ustaz MK Azman menerusi Facebook hari ini.

“Innalillahi wainna ilahi rojiun. Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan telah men1ngg4l dunia jam 5.05 pagi akibat sesak nafas (asma),” katanya.

Ustaz MK Azman turut memaklumkan jenazah isterinya akan dikebumikan esok kerana pihak h0sp1tal akan melakukan ujian cov1d-19 bagi mengetahui sama ada arwah dijangkiti virus tersebut atau tidak.

“Berat hati nak men1ngg4lkan guru, teman, buah hati saya di h0sp1tal ni. Oleh kerana kem4tian musim cov1d-19, pihak h0sp1tal terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak.

“Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan keputusan tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan,” katanya.

Sementara itu, posting terakhir Ustazah Shadiya bertajuk ‘JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH’ telah tular di media sosial.

Rata-rata netizen memenuhi ruangan komen posting tersebut dengan ucapan takziah selain mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese