KUALA LUMPUR: Penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow akur dengan arahan duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu menangguhkan majlis pernikahan dengan wanita pilihan hati.
Mengikut perancangan, Joe atau nama sebenar, Johan Ishak bakal disatukan dengan Marini Ramlan, semalam.
Mengesahkan perkara itu, ibu Joe, Aishah Ali berkata, selain perlu mematuhi arahan PKP, penangguhan dibuat atas permintaan anaknya yang mahu mengabadikan majlis dalam suasana lebih bermakna.
“Pada mulanya, kami hanya mahu menunda majlis resepsi dan meneruskan dengan acara akad nikah.
“Namun, berikutan arahan PKP dan syarat dikenakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk tatacara majlis pernikahan agak ketat, kami terpaksa membuat keputusan menundanya.
“Lagipun, Joe beritahu dia mahu majlis pernikahan berlangsung dalam suasana meriah dan dihadiri insan yang cukup bermakna dalam hidupnya.
“Dia mahu semua insan yang penting baik dalam hidup atau kerjaya seninya mendengar lafaz ijab dan kabulnya kelak,” katanya kepada BH Online.
Aishah yang juga bekas pengarang akhbar The New Straits Times (NST) menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah terselindung.
“Kelmarin, sepupu kepada arw4h suami saya men1ngg4l dunia. Joe rapat dengannya. Tak dapat hendak dibayangkan bagaimana keadaannya jika majlis Joe berlangsung seperti dirancang.
“Pasti ia akan meletakkan kami sekeluarga dalam keadaan serba salah. Apabila dikenang kembali, ada rahmat di sebalik apa yang terjadi,” katanya.
Aishah berkata, mereka belum memutuskan tarikh baharu pernikahan Joe kerana bergantung kepada arahan kerajaan berhubung PKP.
Berkenalan sejak 15 tahun lalu, Joe dan Marini mula menjalin hubungan serius sejak 2016.
Pasangan itu bertunang Disember lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online