Penyanyi Amelina akhirnya berkongsi kisah percer4ian dengan bekas suaminya, Reduan Mahmood.
Dedah Amelina, mereka telah bercer4i pada 29 Jun 2019 selepas 17 berkahwin.
“Ramai yang nak tahu bila tarikh perkahwinan Kak Long dan bila Kak Long berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yang gelarkan kaklong JA6.
“Sebab percer4ian Kak Long tidak kecoh kerana lawyer menguruskan dengan baik dan dia terbaik dalam mengendalikan kes Kak Long.
“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sangat-sangat membantu Kak Long pada masa itu.
“Kaklong berkahwin 26 April 1999 dan perkahwinan berakhir 29 June 2016,” tulisnya bersama sepotong video di mahkamah sekitar 5 tahun lalu.
Bercerita lebih lanjut kata Amelina dia berdepan detik kemurungan apabila terpaksa mencari nafkah untuk membesarkan keenam-enam anaknya sendirian.
“Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah Kak Long single dan bergelar ibu tunggal.
“Awalnya Kak Long rasa kemurungan, amat sed1h dan hilang keyakinan diri. Adakah kaklong mampu dalam usia yang senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 orang anak yang sedang membesar?
“Tetapi Kak Long ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ni sangat dipandang tinggi dalam masyarakat dan agama.
“Buktinya Kak Long sentiasa disayangi dan apa yang Kak Long buat untuk mencari rezeki sentiasa mudah dan dipermudahkan,” tambahnya.
Pesan Amelina, sentiasa positif dan sedar diri akan memberikan aura terbaik kepada individu sekeliling.
“Yang penting kena pandai jaga diri..sedar diri sedar ruang..always humble..jangan berhasad dengki malah beri aura positif pada orang sekeliling…bahagiakan orang yang menyayangi kita.
“Kita kena yakin kita dalam golongan yang sentiasa dilindungi Allah,” ujarnya.
Amelina dan Reduan berkahwin pada 1999 dan sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu menghilangkan diri dari dunia hiburan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak