[VIDEO] “Ada yang ubah ucapan saya jadi lagu rap” PM Tahu Rakyat Ubah Ucapan Jadi Remix Shuffle

Hari ini masuk hari ke dua puluh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang diwajibkan kepada semua rakyat untuk duduk dirumah masing-masing.

Ini kerana, w4b4k c0v1d-19 telah menular di negara kita dan kita mahu memutuskan rantaian c0v1d-19 ini.

Pelbagai ragam rakyat semasa PKP

Namun begitu, dek kerana bosan terperap di dalam rumah, rakyat Malaysia mula menunjukkan kreativiti masing-masing.

Ada yang keluar masuk dapur tanpa henti, malah ada juga yang sentiasa membuka peti ais mencari makanan dan sebagainya.

Ucapan yang mesra rakyat

Pada petang tadi, Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin telah membuat ucapan sempena bantuan c0v1d-19 kepada rakyat.

Selain bantuan yang diberikan kepada rakyat, Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan akan diberikan kepada PKS (Perniagaan kecil dan sederhana) ketika tempoh PKP ini.

Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian adalah ucapan beliau yang dikatakan mesra rakyat dan berusaha memahami situasi rakyat.

Ada yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap

Menerusi ucapan tersebut, ucapan yang jelas diberitahu kepada rakyat dan terselit beberapa ucapan yang menggelikan hati dari Perdana Menteri kita.

“Saya lihat di media sosial ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka. Agak luar biasa”.

“Ada yang mengayuh basikal di dalam rumah dan ada jugak yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap”.

“Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik atau buang tabiat kata orang. Ini mungkin adalah sebahagian dari kreativiti mereka untuk menghilangkan bosan duduk di rumah”.

Apa yang lebih penting, tidak kira apa yang kita lakukan dirumah, diharap rakyat terus duduk dirumah supaya kita sama-sama boleh memutuskan rantaian c0v1d-19 ini dan negara kembali aman sejahtera

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : yoy network