Faye Kusairi Tak Jumpa Anak Dah 2 Bulan, Terpaksa Berjauhan Kerana…

Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa sed1h apabila terpaksa berjauhan dan tidak dapat berjumpa dengan anaknya, Muhammad Alif masuk dua bulan yang kini berada di Miri, Sarawak.

Lebih seb4k, kata Faye, dia tidak dapat bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anaknya itu pada hari ini.

Hari ini, merupakan ulang tahun perkahwinan ke-3 dan ulang tahun kelahiran anak kami yang ke-2. sed1hnya Alif tidak bersama-sama kami hari ini. Dia berada di Miri bersama ibu bapa saya.

“Sudah masuk dua bulan sejak kali terakhir kami berjumpanya di sana. Walaupun saya tahu dia dijaga dengan baik oleh atuknya di Miri, tetapi setiap hari saya berasa sed1h kerana tidak dapat bersamanya. Orang di Miri pun ramai sayang Alif.

“Alhamdulillah, syukur pada Ilahi. Anak mommy sihat tubuh badan, kuat, bijak dan sangat berbakat. Mommy dan ayah sangat menyayangi kamu baby. Hanya Allah tahu betapa rindunya mommy kat Alif,” luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Today marks 3 years of our marriage and our son’s 2nd year birthday. Sadly Alif is not with us today, he is in Miri with my parents. It’s been 2 months now since we last visited him there. It breaks my heart everyday not being able to be with him, though I know he is well taken cared by his grandparents back in Miri. Orang di Miri pun rami sayang Alif. . Alhamdulillah, syukur pada Illahi. Anak Mommy sihat tubuh badan, strong, bijak dan sangat sangat talented. Mommy & Ayah loves you very much baby. Hanya الله tahu betapa rindunya Mommy kat Alif. . Actually I planned a football themed birthday celebration for Alif this year. Coz Alif really show great interest and talent in football and I wanted for us all to be able to play ball with him. Tapi hajat tak kesampaian due to MCO. Sesungguh rancangan الله lagi hebat, jadi Mommy akur. . I miss you so much sayang.. 😭😭😭😭 . . Happy 2nd birthday Muhammad Alif and Happy 3rd year Anniversary to us! #stayathome #AlifAzmiturns2 #AlifAzmi #Alif2yo

A post shared by 𝗙𝗔𝗬𝗘 𝗞𝗨𝗦𝗔𝗜𝗥𝗜 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟 (@fayekusairi) on

Menurut Faye dia sebenarnya sudah mempunyai perancangan untuk meraikan sambutan ulang tahun anaknya bertemakan sukan kegemaran anaknya.

“Sebenarnya saya dah rancang sambutan birthday bertemakan bola sepak untuk Alif tahun ini kerana Alif menunjukkan minat dan berbakat dalam bola sepak, tapi hajat tak kesampaian disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan. Sesungguhnya, rancangan Allah lagi hebat, jadi mommy akur,” ceritanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah… Alif berjaya tiup candle tanpa keluar air liur. Kek selamat utk di makan! 😂😂😂

A post shared by 𝗙𝗔𝗬𝗘 𝗞𝗨𝗦𝗔𝗜𝗥𝗜 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟 (@fayekusairi) on

Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017 sebelum dikurniakan anak sulung, Muhammad Alif setahun kemudian pada tarikh yang sama.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Faye Kusairi di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :