KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan beliau mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak seperti yang tular di media sosial.
Penyanyi lagu Bobo Di Mana itu mendakwa, entri yang dimuat naik semalam adalah gambar lama dan dirakam sebelum PKP bermula.
.“Saya tidak faham kenapa netizen suka sangat mencari kesal4han saya? Itu adalah gambar lama ketika kami berada di sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Baru sekarang saya sempat berkongsi di Instagram (IG).
“Resort itu sangat besar, jadi ada banyak lokasi menarik yang boleh saya abadikan dalam foto. Takkanlah setiap gambar yang ingin dikongsi perlu ada penjelasan bila dirakam.
“Netizen hendak apa sebenarnya? Semua yang saya buat, tidak kena di mata mereka. Agaknya mereka suka melihat saya sed1h, meratap hiba mengenang nasib diri berikutan arahan PKP,” katanya kepada BH Online.
Entri yang memaparkan dia sedang makan bersama-sama anaknya itu mendapat komen negatif netizen. Rata-rata warganet mempersoalkan bagaimana Aliff bebas bersantai ketika negara menguatkuasakan PKP.
Kekeliruan juga timbul apabila Aliff meletakkan perkataan ‘hari ini’ pada keterangan gambar. Ada juga yang mendakwa tindakan itu seakan sengaja ‘memancing’ emosi netizen.
Aliff turut meluahkan rasa kesal dengan dakwaan dia tidak sensitif apabila berkongsi video memaparkan dirinya sedang merakamkan lagu Hari Raya.
Dakwanya, video itu dirakam tahun lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online