COVID-19: 11 Hari Berdakw4h Melalui FB Live Dalam Wad

KUALA LUMPUR: Meneruskan dakw4h di atas katil h0sp1tal dengan membuat lintas langsung pengajian ilmu melalui Facebook (FB) Live antara rutin harian bekas pes4kit c0v1d-19 daripada kluster tabligh selama berada 11 hari di h0sp1tal.

Mohd Almizi Muhammad, 40, yang dibenarkan keluar h0sp1tal pada 6 April lalu, kini disahkan pulih sepenuhnya dan meneruskan kuarantin di rumah.

Mohd Almizi yang juga seorang pendakw4h itu berkata, setiap hari beliau memperuntukkan masa untuk merakam lintas langsung di FB peribadinya dan turut menyiarkan video berkenaan di FB Group.

“Sepanjang berada di h0sp1tal, banyak masa dihabiskan dengan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan FB Live perkongsian pengajian ilmu yang menyentuh banyak topik antaranya fiqh serta panduan keibubapaan.

“Ketika itu, saya menerima apa sahaja ketentuan Allah SWT kerana hidup dan m4ti di tangan-Nya. Apa yang mampu dilakukan adalah teruskan ikhtiar untuk kembali sihat,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Mengulas keadaannya ketika disahkan positif c0v1d-19 pada 27 Februari lalu, Mohd Almizi mengakui agak terkejut kerana tidak mengalami sebarang simptom seperti dem4m dan batuk.

“Pada 22 Mac lalu, saya bersama dua isteri dan empat anak diminta oleh pihak h0sp1tal untuk buat saringan apabila mendapati kami ada kontak rapat dengan seorang rakan yang telah disahkan positif c0v1d-19.

“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga lain disahkan negatif c0v1d-19 termasuk anak kecil yang baharu berusia setahun lima bulan.

“Ketika ditempatkan selama tiga hari di h0sp1tal Kuala Lumpur (HKL), sebahagian besar di wad itu adalah rakan yang turut menghadiri perhimpunan sama dengan kebanyakannya mengalami simptom ringan seperti dem4m dan batuk,” katanya.

Katanya, selepas tahap kesihatannya didapati stabil dan kekal tanpa simptom, beliau kemudiannya dipindahkan ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan ditempatkan dalam satu bilik berseorangan.

“Sepanjang berada di h0sp1tal, beberapa kali ujian pengesanan c0v1d-19 dibuat antaranya pada 27 Mac di HKL dan selepas itu pada 3 April di ILKKM, kedua-dua keputusan adalah negatif.

“Bagaimanapun, disebabkan tidak mengalami apa-apa simptom, saya tidak diberikan sebarang ubat . Doktor hanya memeriksa suhu badan serta tekanan darah dua kali sehari sepanjang berada di h0sp1tal,” katanya.

Mohd Almizi turut berkongsi amalannya sepanjang berada di wad isolasi adalah memperbanyakkan doa pagi dan petang sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Selain itu, beliau turut minum madu setiap pagi dan petang serta mengambil Vitamin C bagi menguatkan antibodi badan.

Almizi turut menasihati orang awam supaya tidak takut untuk menjalani saringan kesihatan kerana ia penting demi kebaikan diri sendiri dan masyarakat.

“Jangan takut buat saringan, tidak akan ada apa-apa masalah dalam ujian itu kerana pihak h0sp1tal atau klinik cuma mengambil sampel kahak.

“Ini sangat penting untuk mengelakkan w4b4k ini daripada terus merebak,” katanya.

Pendakwah berasal dari Kelantan itu turut berharap pelbagai dakwaan burvk terhadap jemaah tabligh dihentikan antaranya yang mengaitkan ada di antara mereka berdakwah dari katil ke katil sehingga menyebabkan pes4kit lain dij4ngk1ti c0v1d-19.

“Dakwaan mengenai jemaah tabligh berdakwah dari katil ke katil wad tidak benar sama sekali, mereka ini adalah dalam kalangan kenalan saya.

“Menurut penjelasan mereka, ketika ditahan di h0sp1tal Miri, Sarawak kesemua individu berkenaan negatif c0v1d-19, jadi mereka ditempatkan di dalam satu ruang khas .

“Mereka cuma mengamalkan ziarah dan menyampaikan dakwah sesama mereka,” katanya.

Beliau turut berkata, dakwaan tidak berasas seperti itu akan turut memburvkkan imej Kementerian Kesihatan seolah-olah tidak mengambil berat terhadap keselamatan pes4kit lain.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH