Gara2 Mengidam, Lagu ‘Nur Gardenia’ Naim Daniel Bikin Terhibur

Ketika musim kuarantin ini, roti gardenia menjadi salah satu produk makanan yang paling berharga berikutan permintaan yang banyak oleh masyarakat yang ingin menyimpannya sebagai bekalan makanan kecemasan, sehingga kilang roti tersebut terpaksa meningkatkan pengeluaran roti.

Namun akibat ketamakkan beberapa individu yang memborong roti secara besar-besaran, banyak roti yang dibeli akhirnya tidak termakan dan dibuang begitu sahaja selepas tamat tarikh luput, menyebabkan ramai orang tidak berpeluang untuk menikm4ti roti kegemaran rakyat Malaysia itu.

Nasib yang sama dilalui oleh penyanyi muda, Naim Daniel yang mengidam untuk makan roti Gardenia ketika sedang dalam kuarantin.

Melalui laman Instagramnya, Naim meluahkan keinginannya dengan mengubah suai lagu Nur Kasih oleh kumpulan Nasyid Inteam menjadi lagu ‘Nur Gardenia’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku mengidam. Sumpah tak tipu. Yes. Ini lagu paling ikonik yang INTEAM buat bagi aku. Lejen gila. Dan aku ada buat perubahan mengikut keadaan sekarang. Tak nak tulis panjang. AKU NAK ROTI GARDENIA !

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Video yang disunting menampilkan meme seorang wanita berpakaian serba biru yang sedang menangis diiringi dengan lirik-lirik lucu seperti “c0v1d-19 bukan beshe-beshe”, “Jangan nak gatal dan janganlah bebal, takut nanti kau boleh men1ngg4l,” dan “Macam mana ku nak cicah dengan kari kalau nanti dah tak ada roti”.

Gubahan lagu tersebut membuat netizen terhibur dalam pada masa yang sama ramai yang memuji suaranya yang merdu menyebabkan lagu lucu itu menjadi sedap didengar.

“Suara macam penyanyi asal…”

 

“Lagu nasyid fav aku kau buat macamni…”

 

“lirik gampang macam ni pun sedap weh…”

 

“suara dia mmg superb…”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Naim Daniel via HCL