INDIVIDU yang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin c0v1d-19 disediakan menu makanan berkhasiat dengan dipantau Pegawai Sains Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bahagian Pemakanan KKM dalam satu status yang dimuat naik di Facebook (FB) semalam, memaklumkan menu yang disediakan adalah seimbang, pelbagai dan cukup nutrien serta dikira setiap kalori.
“Selama berada di pusat kuarantin, kerajaan akan menjaga makan minum (individu dikuarantin) lima kali sehari.
“Layanan sebegini belum tentu akan dapat di negara lain. Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam status berkenaan, turut dimuat naik gambar beberapa menu yang disediakan kepada individu dikuarantin terbabit iaitu pelbagai lauk ayam dan ikan yang disertakan dengan nasi, buah serta minuman.
Status berkenaan mendapat lebih 2,000 tanda suka dan dikongsi kira-kira 1,000 kali oleh warganet sejak ia dimuat naik.
Kebanyakan warganet berkongsi pendapat mengenai perkara itu dengan menyifatkan menu berkenaan sebagai sedap dan mewah selain menyatakan syukur.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM